Wednesday, December 30, 2009

perihal tidur



elok la bce ni utk mkluman bsame. smoga ada mnfaatnye, insyaallah..

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain.

Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidak cukup tidur akan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Tapi ini akan kembali normal sekiranya anda boleh tidur lena selama seminggu. Betapa tidak menguntungkan bukan? Tapi jangan juga menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun banyak yang hanya menghabiskan waktu selama 5 jam saja untuk istirehat. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambah tinggi risiko masalah kardiovaskular.

Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya, ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh, tidur boleh mempertingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune anda. Bagi orang dewasa, kurang tidur boleh mengakibatkan major depression. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah, ditambah otak tak boleh berfikir dengan baik. Banyak kes bunuh diri yang terjadi kerana hal ini…

Fakta Menarik tentang Tidur
1. Sewaktu kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada
dalam tingkat yang paling rendah .
2. Sewaktu kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang
pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar.
3. Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan
depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
4. Secara purata setiap orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
5. Suhu tubuh anda akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah
adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
6. Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh
menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa orang tua selalu bangun
ketika bayinya menangis.

Bagaimana Tidur yang Sehat?
1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum
anda tidur. Sebelum memasuki bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.
2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap
harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan
tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman
3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya
lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Berada di ranjang ketika terjaga mungkin
akan meningkatkan kerisauan yang anda tidak boleh tidur.
4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu
yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat
tenaga dalam tubuh meningkat.
5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan
kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu
kemampuan tidur anda.

Sumber & diedit smula:

rehat minda...


assalamualaikum & slm sejahtera.
jgn la serius sgt, meh rileks jap..
meh belen kn sikit....

Cuba baca seboleh mungkin..
Dua versi disediakan iaitu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Bahasa Melayu
Syaa snuuggh tdaik praceya ynag syaa sbaeneryna fhaam apa ynag dbicaa dsiini. Kausa aijab oatk msnuiaa. Mngekiut kjaain drai Uvnreistii Cmabrigde, taidk kria apa snsuaun hruuf dlaam steasuu paktraaen, apa ynag ptnineg alaadh huurf ptamera adn thkairer dlaam sausteu paktraaen mtsei smaa daegnn ynag saal. Adna msiah beolh mmbeaca aayt ini karnea ini aldaah kliebeahn oatk msunaia ynag debiir oelh Pcnpeitayna. Ini kanrea oatk ktia tadik mmceaba hruuf dmei huurf tapeti sbageai stau paktraaen. Mnggeumakn huh?

Bahasa Inggeris
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn’t mttaer in what oredr the ltteers in a word are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe.
Amzanig huh?


Sumber:
http://panduanpercuma.info/tahukah/1360/fakta-menarik-yang-membuat-anda-tersenyum/

rilek jap..



assalamualaikum & slm sejahtera.
kat bwh ni lwk kategori 18sx. xpe la kita dh dewasa.. tau mnilai buruk baik.

lwk cenggini bsepah kat internet. saje la sy kopi pes kan utk rehatkn minda.
jgn marah..!

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil…… sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya teringat kenangan romantisnya masa muda2 dulu….

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …”

sejarah perkembangan sekolah2 pondok di malaysia

suasana pondok2 pelajar d slh sbuah skolah pondok tradisonal d msia

assalamualaikum & slm sejahtera.
ada kengkawan yg bertanyakn bhn ttg sej pkmbangn sek2 pondok d msia. bsame ni kami srtakn
link yg mungkin leh mbantu & sbg mklumat kpd kengkawan yg bminat nk tau. tq

perihal takwim hijrah

assalamualaikum & slm sejahtera.
kpd kengkawan yg mls nk search mklumat ni, kami kopi & pes kn utk anda

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan) dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Sejarah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Penggunaan
Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.


Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [1]. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamdi Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).

Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Quran.

Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.


Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.

Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.

Microsoft telah menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregorian kepada kalendar Islam secara sulit. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Microsoft telah mendakwa menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya Microsoft telah menggunakan taburan kalendar Islam tabular

Nama-nama bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.


Muharam al-Haram - dipendekkan kepada Muharram
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir
Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadilakhir
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.



Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_hijrah

Monday, December 28, 2009

mee bakso!

ni gambo meatball yg bru dkuarkn dri esbox

Arini nk criter psl resipi. Sy mmg kaki mkn, sbb tu bdn bulat & ada mcm2 pnyakit ni. Slh 1 mknn kgemaran sye ialah sup, xkira sup apa pun tpi yg sy paling minat ialah sup tulang. Bestnyer tulang yg fresh, xmoh yg frozen. Kalu frozen stakat ok2 je la. Memasaknye lak elok gunakn pressure cooker. Bru la meletup sbb trase dia pnye pati & kelembutannyer. Tpi kalu rebus/ msk dlm priuk biase pun ok. Sup mamak atau sup mat saleh yg byk krim sy xbrape minat.
Ada 1 tip, kpd yg xde pressure cooker, leh try gunakn rice cooker. Cpt gak masak & lembut. (eleh, mcm la tau2 ngat org lelaki ni msk sup!) x aih! tu ikut pngalamn & pmerhatian bile org umh msk je.. tip asalnyer kami dpt dri tokey yg jual tulang kat psr

Kali ni bkn nk criter psl sup tulang tpi psl mee bakso. Rsenyer ramai yg dh tau & pnh cube. Tpi mungkin jge msih ramai yg xtau. Mklum la, mee bakso ni asl dri seberang.

Cmne nk buat? (Sy criter je la. Yg buatnyer org lain… :D)

Caranyer mudah aje.. mule2, beli meatball kat kdai frozen sebanyak yg mau. Pastu, msk la skali dgn dgn tulang fresh brsama rmpah ratus sup. Tpi eloknyer meatball tu masuk komdian sikit. Sediakn mee, (sama ada mee hoon/ mee kuning) & sblum hidang, letak la pe2 accessories yg patut. Slain daun sup & bwg, paling afdhal isi same daun saderi & tauge, soo hoon. Bawang goreng jgn dilupe. Pstu kicap berlada pun kena ada & mkn panas2. mudah ckp wat la mcm nk wat wat mee sup tu cme tambah je la meatball. Pastu? Apa lagi, ngap la… ehh, bismillah la dulu!

Kpd yg tinggal dkt area org2 kemboja muslim, leh try tanye sosej daging fresh yg dia org sumbat dlm perut lembu sbelum dikeringkn utk dgantikn dgn meatball. Dgr criter lagi la trangkat. Tpi jgn mkn byk2, nnti kena drh tinggi & obes lak.

Kpd kengkawan yg ada resipi ringkas tpi lazat, sila la emel kami. Leh kita share sme2. kalu mnarik, kita akn publishkn.

Bye.. slmt mncube!

mee bakso yg sdia utk "dikgijerkan.."

p/s. agak2 kalu tmpt xde jual meatball daging tu, cmne la nk msk ek? wat sniri pun ok kut? kisar je daging, uli dgn tepung, gentel bulat2 & rebus. leh la tu, kn?

betul ke nk brenti mrokok ni...?


assalamualaikum & slm sejahtera.
xbrape lme lgi ank2 kita skolah lah ye. kpd rkn cikgu cikgi ustazah ustazi, slmt kmbali btugas. bestnyer org yg kgijer ckgu, pnyambung tugas para nabi tu. mnyeru ke arh kbaikn & mcegah kmungkarn. xgitu ckgu2 skalian..? eheks...

smpena 1 jan ni, biasenyer mcm2 la azam baru. tpi yg paling bgus brazam mse 1 muharam la. kalu kaum lelaki slh 1 azam popular ialah nk brenti merokok. cmne, bjye ke? xpe la, kurang2 dh brazam nk wat kbaikan. insyaallah mndapat gnjaran phala.

sy xmoh criter bahaye rokok dsbnyer sbb smue org tau. criter la bahaya cmne pun, kalu nk, nk la jgk. psl hukum, byk pndapat mngatakn ianya adalah HARAM.

sy pun sibuk berazam brenti mrokok gak dulu. dulu sy hard smoker.ujung2 'karier' sbagai prokok dh xpndai isap rokok lain kcuali keretek. rokok jnis lain rse twr. bygkn la kesan kpd ksihatan. 1 ari mau abis 1-2 kotak bgantung aktiviti. kdg2 lebih. kalu ari tu sy sbuk bkebun/ byk mnaip & bpikir, makin byk la sy merokok. smbil2 tu pekena lak air pns, pergh.. nikmat!

dlm cnggitu pun sy mmg sntiase pikir psl nk brenti mrokok. sy xsuke rokok tpi ketagih. bygkn hebatnyer 'cinta' pd rokok ni org smpai snggup isap rokok dlm tandas smbil meneran. makanan grenti xmoh,kn? ada sape2 yg meneran smbil mkn kuaci? hehehe..

prnh cube brenti smpai stahun, sbulan dua tpi akhirnyer kcundang jge trutama kalu kwn2 ajak minum. smbil gebang, asap melayang2. mak ayh beleter, boss bleter, org umh2 bleter, anak2 xsuke, mcm2 la. alhamdulillah berkat kehendak sniri & doa smue yg mnyayangi sejak 2 tahun yg lalu sy btul2 brenti.

kut2 la ssuai, d sini sy sertakn beberapa tip pribadi:

1. jujur pada diri sniri. mksudnyer itu mmg btul2 kehendak anda & sbagai dewasa anda btul2 fhm apa yg anda maukn. jgn kerana org. kdg2 kiter kata mmg ikhlas nk brenti tpi jauh kat dasar ati msih ada xyakin dsbnyer.

2. bile dh brenti, cbe bygkn sshnyer nk cbe brenti smule brulang2 kali. gian la, baran la, lesu la dsbnyer. sy sniri amik mse stahun nk ilangkn rse lesu & mls akibat brenti mrokok.. mklum la dh mrokok hmpir 30 tahun. kumpul duit, hartawan tu..

3. cari mse yg ssuai, cthnyer ksibukn mlampau yg mnyebabkn anda xde byk mse nk pikir psl gian. cthnyer mse mlancung bsme kuarga ke, uruskn ank msuk universiti, exam dsbnyer. sy dulu kbetuln amik smpena peristiwa mnunaikn ibadah umrah. sibuk mnunaikn ibadah & sungguh2 berazam, sy langsung xde pe2 msalah. jejak je kaki kat KLIA, trus rse nk mrokok smule.

itu aje la, smoga bjye. bkn ckp bsr tpi sbg cabaran: kpd brader2 yg msih bru mrokok & rse pyh ngat nk brenti tu, kalu lu btul2 rock, wa cabar lu, apa sgt la ssh nk brenti mrokok kalu bru mrokok stahun dua. wa dkt 30 tahun mrokok buleh berenti beb... jgn mare!

Saturday, December 26, 2009

khas utk kengkawan...


assalamualaikum & slm sejahtera

insyaallah kami akn sntiase update blog ni dari smasa ke semasa & konsepnya dlm btuk buletin santai for midi, family, adult learners, information, friendship & consultation.
insyaallah kami akn mnyediakan beberapa aktiviti RRM (rekreasi & rehat minda) spt kuiz, teka teki dsbnyer bserta hadiah & jgn ketinggalan.
aktiviti tersbut btujuan mrapatkn hubungan silaturrahim, keep in touch dgn para pngunjung blog kami. ianya sebagai tanda kami sntiase menghargai clients, bekas clients & sahabat2.
Sila perhatikn logo kami apabila terdapat pengumuman2 penting kpd para pengunjung.
truskn bsama kami, bersama kekalkan silaturrahim...

Friday, December 25, 2009

migraine headaches: ways to deal with the pain


do you have migrain? wanna deal with it? click here.

insomnia

penulis adalah slh seorg pngidap insomnia.
alhamdulillah skang dh agk tkawal.
dulu2 sedih gak bile org slh anggap bila kita kena insomnia nie.
cthnyer kalu kerap lewat/ xlrt nk gi kgijer, mcm2 la andaian/ tuduhan.
cmne pun bgi pengidap, anggap la ini ujian Allah.
rawatan tbaik adala mndekatkn diri kpd-Nya
kat bwh ni sdikit mklumat bkaitan:

Definition
Insomnia is the inability to obtain an adequate amount or quality of sleep. The difficulty can be in falling asleep, remaining asleep, or both. People with insomnia do not feel refreshed when they wake up. Insomnia is a common symptom affecting millions of people that may be caused by many conditions, diseases, or circumstances.

Description
Sleep is essential for mental and physical restoration. It is a cycle with two separate states: rapid eye movement (REM), the stage in which most dreaming occurs; and non-REM (NREM). Four stages of sleep take place during NREM: stage I, when the person passes from relaxed wakefulness; stage II, an early stage of light sleep; stages III and IV, which are increasing degrees of deep sleep. Most stage IV sleep (also called delta sleep), occurs in the first several hours of sleep. A period of REM sleep normally follows a period of NREM sleep.




Insomnia is more common in women and older adults. People who are divorced, widowed, or separated are more likely to have the problem than those who are married, and it is more frequently reported by those of lower socioeconomic status. Short-term, or transient, insomnia is a common occurrence and usually lasts only a few days. Long-term, or chronic, insomnia lasts more than three weeks and increases the risk for injuries in the home, at the workplace, and while driving because of daytime sleepiness and decreased concentration. Chronic insomnia can also lead to mood disorders like depression.
— Donald G. Barstow, RN

Sumber:
http://www.answers.com/topic/insomnia

Thursday, December 24, 2009

meh bedah mayat...



assalamualaikum & slm sejahtera.

mmm... sesaje je nk kongsi mklumat ni.
rasenyer elok gak utk rujukn & panduan. mklum la kes kmatian mngejut ari2 blaku skang ni.
lagipun menurut alim ulama' & pakar2 motivasi, mngingatkn mati ni leh mmbersihkan hati.

cmne?
ye la, bile kita slalu ingat mati tu, tntu xmoh nk ckp bsr, mnipu, buang2 mse, hsd dengki dsbnyer. xgitu?
utk mklumat lanjut, klik link ni.

tq

Wednesday, December 23, 2009

let's hang out!



@ssalamualaikum wrh wbk & slm sjahtera. arini 7 muharam 1413/ 24 disember 2009

rsenyer xlah lewat sgt nk ucpkn slm maal hijrah utk kengkawan & kenalan khususnyer adult learners yg mengunjungi blog kami ni. nape adult learner? oOo.. sbb blog ni byk bkisar tentang adult learner, bahkn mmg kita smue adult learners...

6 ari lagi omputih lak nyambut tahun baru dia org. dlm xsabar2 smbut tahun bru tu, elok la kita sdr 1 hakikat, kita smakin tua....meh kiter renung smule... dlm pjalann mencecah usia skang byk pkara positif & negatif yg dh blaku kpda kita.

positif?

dulu xbrape matang, skang matang la sikit.

dulu baran, skang dh agk cool.

dulu cpt gabra, skang steady je.

dulu kapcai buruk, skang dh ada 3,4 buah kreter & motor.

dulu umh sewa, skang dh ada 4,5 buah umh bak istana sbagai aset,

dulu solo, skang ank dh abis SPM.

dulu lalai ibadah, skang ada la improvement sikit2.

dulu xde pe2 sijil pun, skang ada degree, master & Ph.D (ermmm... mknanyer cerdik lah kite ye?)

ala... mcm2 la yg positifnyer...


negatif plk?

dulu pinggang size 28, skang 38 bro....

dulu rambut lebat, skang dh jarang, dh uban pun...

dulu sihat walafiat, skang diabetes, darah tinggi, sakit lutut smue ada.

dulu gagah, skang gagap..

dulu smue brani smue ok, skang smue takut.

dulu xde utang, skang utang mnimbun..

ala... sme je la, mcm2 yg negatifnyer


dalam cenggitu..

dulu musuh, skang kwn rapat.

dulu kwn rapat, skang musuh ketat (jgn la...xlok gaduh2!)

dulu nobody, skang somebody.

dulu ingatkn lost contact, tau2 jmpe smule.

dulu miskin, skang dh kaya.

dulu kaye, skang dh kayap.

dulu nmpk cam bodoh...je, rupe2nyer skang dh prof

dulu mcm cerdik, rupe2nyer xke mana pun...(trasa lah plk)

dulu mak aih..cute sungguh, skang... sniri mau ingatla.

dulu tampan bgaya, skang mcm roti prata...hihihik :D

dulu cik abg baik, skang cik abg herdik.

dulu cik adik wangi, skang cik adik bau minyak urut & kuat kentut.

dulu sportman, skang rupe2nye dah 'xde..' (dh rmai pun...)

...byk lgi la.

so.. apa pointnyer yg kita sdg criter ni?

mksudnyer, dunia ni singkat benar. kita xkn slama2nyer brada d atas. kbanyakan yg kita kejar adalah brsifat pinjaman & smentara. bsungguh2 kite nk kumpulkn harta dunia, klihatan cantik, tampan bgaya. kita keluh kesah bila pelan2 nikmat yg dpinjamkn tu diambil smule. pelik kalau kita xkluh kesah pun ttg bekal ke 'sana'. sebenarnyer itu la tanda2 kiamat kecil (kematian) makin ketara. syukur alhamdulillah kita masih dberi peringatan..meh ler kita fikir2kn, smbil2 blajar wat blog ni, apa slhnyer saling ingat mengingatkn.. xgitu?

adult learners, sorry to say, kbanyakn kita dh pun mlepasi tahap yg boleh dkatakn "muda"...

kpd kengkawan yg sdg diuji dgn mcm2 ujian, bsabarlah krn apalah sgt ujian yg kita tempuh bbanding dgn bbagai2 nikmat yg telah kita rasai selama ni. teruskan b'usaha dn bdoa. insyaallah dmakbulkan.

wassalam...

p/s: arini keputusan PMR dh kluar. tahniah kpd kengkwn yg anknye mdpt keputusan cmrlg. kpd yg kurang bjaya, jgn putus asa dan mrh sgt ank tu :D ... insyaallah SPM nnti ok la. tahniah & terima kasih kpd puan rufiah dr lanchang yg sudi bkongsi kegembiraan dgn mhubungi kami krn anaknya mdpt keputusan 9A dlm PMR. moga SPM nnti lbh sukses.

SALAM PERKENALAN

PENGENALAN

Xtau cmne nk mulekn criter, tpi blog ini kami dedikasikn khas kpd smue kwn2 yg mnyokong & clients yg tlh, sdg & akn brurusn dgn kami di SOHO consultation. Juge kpd plwt2 blog kami yg barangkali akn mjadi kwn & bkongsi mcm2 tips dlm khidupn same ada utk kbaikan dunia mhu pun akhirat. Slain tu blog ini dgn harapan mmberi sdikit sbyk inspirasi kpd kengkwn/ sesape yg tcari2 kgijer. Atau kpd para siswazah yg blum bkgijer/ atau putus ase carik kgijer. Jgn putus ase, anda ade kmahiran yg tinggi cume tpulang kpd kberanian/ kmahuan anda.
Tringat kpd satu small talk dgn seorg kenalan cina, tokey kdai hardware lulusan utm. Dia kalu bcakap, ala2 david teo produser film tu. Dia ckp cenggini:
“Saya slalu phatikn, mcmane kita blajar tinggi2 pun, balik2 yg jdi boss kita, yg jdi tokey besar kita adalah org yg xblajar tinggi2. Sbb ape?, sbb mereka brani amik risiko. Kita tlalu bhati2 mngambil tindakn. Mereka trus cuba, kalu ada masalah, mereka baiki, blajar dri ksilapan. try and error”. -Fikir2kn.
Slain tu, kami ni xpnh wat blog, jdi mule2 ni mungkin btrabur sana sini tpi insya-Allah akn dpbaiki dri smasa ke smasa.



APA ITU SOHO CONSULTATION?


  1. SOHO kami amik dri pkataan aslnya sohor/ tersohor. Mksudnya tkenal, popular & swaktu dgnnyer. Biase org kita tak sbut sohor tu lngkap dgn bunyik “r” kat akhir pkataan tu. Bile sbut cme bunyik “soho”. Kalu kat area pantai timur, trutame kat tganu & klantan, mmg “soho” tu la bunyiknyer sbijik sjibik sgolek.

  2. SOHO mrujuk kpd Small/ Smart Office Home Office. kat msia ni kira pkara bru jgk lgi. Nk mudahkn criter, sila klik link ni

  3. Consultation lak, dh tntu la mrujuk kpd kami punye pkhidmatn. Cmna pkhidmatannyer tu ye? Biar la rahsia…hihihik. Yg pnting bkn MLM, direct selling, labu peram dsbnyer. Mdh ckp l/krg cam academic consultation la & bkaitan dgn adult learner..

  4. Adult learner? Sila klik link ni. Tambahan: link ni
    So, kalu yg bru2 nk kenal tu, kompius ttg bisnes ni, leh agk2 la, kan. Sndiri mau ingat la bro.. :D. Yg lbih pnting ialah, bkn nk promote bisnes, nk keep in touch je.
SEJARAH/ LATAR BELAKANG

Lokasi: Kwsn prumahan, area dpn spital temerloh, pahang

Asal2nyer SOHO kami ni running scara xsngaja. Kbtulan mse tu ramai kengkawan yg mtk tolong bgitu bgini utk dptkn bhn2 trtentu kat internet. Kbtulan lak kami mmg suka search mcm2 bhn spt portal, journal, rencana psl akademik cenggitu. Pstu mlarat smpai hal2 lain la plk… tumpang print la, tlg semak la dsbnyer. Tau2 dh 5, 6 tahun jgk la SOHO kami ni running.


Kbtulan jgk, kami mmg suka bisnes yg xyah crik pelanggan, jrg jmpe clients & skadar bhubung mlalui telefon, faks, hfon & e-mails ni, jdi kena sgt la bisnes ni dgn kami.

INCOME

Income? oOo… nakal soklan tu! Bsr tu tidak la tpi kecik pun tidak. Kira ok la. Kalu nk ikutkn, xlarat bdn mnanggung, mklum la SOHO consultation ni jd mcm part time job kami. Bknnyer full time.
Pagi smpai ptg wat kgije lain, ptg smpai lwt mlm/ awl pgi bru leh rehat. Xkn smpai xbmasyarakat & tengok dunia lgsung kut? Fardhu ain & kifayah kena fikir jgk beb… mne2 yg wajib kena tunaikn jgk… tak gitu? Hihihik.. bsederhana la sbb itu ajaran nabi. Ank kami kata, “kena ada balancing jgk bah…”

Tpi kan, kdg2 ada tfikir jgk nk wat bisnes ni full time. Kalu wat full time, trus trg ckp, silap2 leh cecah 5 angka. (stakat cecah je la..) tpi syg jgk kgijer dh lme... (mksudnyer dh tua la tu…) @ kami la yg tgolong dlm golongan xbrani tu...

Asalnyer bisnes ni kami running kat bilik utility kat umh je. Komdian, kami ada beli 1 umh teres murah kat kwsn prumahn bdekatan. Mula2 nk sewakn aje umh tu tpi pikir2 balik, byk risikonyer nnti. Pakat sama2, kami pun cat sana sikit, situ sikit, kami angkut je brg2 lama kat umh tu ke sini. Wat kgijer pun slesa, clients nk dtg pun slesa & buleh jgk kami wat tmpat rehat ala2 homestay kami skuarga bile rasa nk tkr angin. Kalu rmai sdara mare dtg pun, ade la tmpt rehat kalu segan duk umh buruk kami tu.

Tpi konsep SOHO nyer tu dh btukar sikit. Dari Small Office Home Office dh jdi Small Office & Small House. SOSH. Ok la kut.. jnji slesa..

KEPERLUAN

Biase2 aje, brg2 lme aje & bkn beli skali gus pun… Nnti kwn2 leh tengok gambar2 yg kami attach kn.


Tempat asal SOHO consultation. Bilik utility yg kaler klabu tu


Sign board pintu pagar depan. Sng clients & kwn2 nk carik

Pemandangan dari dpn SOHO



Ruang tamu yg kosong. Senang kalu nk solat jemaah atau bdk2 nk dtg ngaji. Perasan tak pasu buluh kering tu? Sebenarnyer tu tempayan lama, kami varnish kn, pstu msuk dlm bakul rotan tu, abis criter…


Pandangan dari dalam mghala ke luar. Kat cermin tu tampal sniri glass sheet. abis 1 ofis tmpal cenggitu. Xyah langsir, xde maintenance & xde nyamuk bkumpul. Org dri luar pun xnmpak, xyah la org umh ssh2 nk pakai tudung


Ruang menunggu tetamu ala kadar. Smue prabut lama nih…


Pintu pejabat… meh ler masuk!


Sile duduk… sila la amik gule2 dlm tin biru tue tpi jgn la amik smue. Kena diabetes lak kang, cmne?


PC buruk carik makan ni bro, sis tpi buruk2 pun byk jasanyer...


Laser printer carik makan. 1 tahun paling tidak 2 kali tkr cartridge nie.. 1 l/krg rm200

Surau… dunia ni smntara je, singkat sgt pun. Jgn lupekn kehidupan abadi..!


Rehal tepi towels busuk tu utk bdk2 ngaji. Seelok2nyer beli la rehal yg tinggi dari lutut bro, sis.. pc ni utk 2 org ‘hero’ tu gune internet kalu boring


Dapur ala kadar utk alas perut. Nk mkn puas2, balik umh ler…

Kadang2 meja mkn pun jdi mngsa bile kejar deadline!



Wrist pad ni penting nih. trutame yg suke/ tpkse ngadap pc lama2. yg lum ada carpal tunnel syndrome, lok la beringat2. Yg dh ade? moga cpt smbuh!