Saturday, December 4, 2010

6 Cara Untuk Lebih Kreatif


Anda tidak perlu mempertahankan idea sendiri.

Dalam berkreatif, yang penting ialah keluarkan idea. Tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika masih di peringkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. Yang penting ialah idea!


Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif.

Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif boleh dianggap satu kejayaan yang besar. Mungkin anda tidak berjaya kali pertama, namun ia bukan satu kegagalan. Yang penting cubaan anda itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Tapi perlu diingat, ciri-ciri orang kreatif ialah istiqamah dan tidak takut kepada masalah. Adakah anda sudah lupa?


Benarkan diri anda melakukan kesilapan.

Memanglah orang yang mengikut pada kebiasaannya jarang sekali membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah kepada kesilapan. Jika anda menghalang diri anda daripada melakukan kesilapan, anda tidak akan buat sesuatu yang baru dan anda tidak akan berkreatif. Jadi, jangan “kongkong” diri anda. Maafkan diri anda jika ia tersilap semasa dalam tempoh percubaan untuk menjadi kreatif ini.


Jika boleh ulang dan ulang lagi!

Jangan jadi seperti watak kartun yang diminati ramai iaitu Sylvester the Cat dan Tweety Bird yang cute! Si kucing itu beriya-iya sangat nak makan tweety bird, tetapi si kucing itu asyik tukar idea yang baru demi nak tangkap si burung. Setiap kali tidak menjadi, terus mengalah dan cipta idea yang lain pula. Bukankah penat namanya tu?

Jangan cepat mengalah, dan beralih angin. Ingatlah, tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya. Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambahbaikan dan cuba sekali lagi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.


Belajar teknik berfikir.

Anda semua harus faham bahawa teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih. Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan menunjukkan anda adalah seorang yang bijak berfikir. Belajarlah bagaimana untuk berfikir dengan bijak. Contohnya "the 6 thinking hat" (enam topi berfikir) dan juga Edward De Bono (pemikiran lateral) adalah salah satu teknik berfikir yang baik untuk anda pelajari.


Mintalah daripada pemiliknya.

Kita perlu ingat, idea itu adalah milik Allah. Mohon dan mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda. Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk setiap hari selepas solat. Semoga setiap hari kita menjadi manusia yang kreatif berbanding sebelum ini.



Cuba anda tengok gambar 1 dan 2, mana lagi menarik perhatian? Sudah tentu nombor 2 bukan? Sebabnya, ianya sudah diwarnakan dengan tone yang agak menarik, berbanding gambar nombor 1. Orang zaman sekarang sukakan benda yang lebih menarik dan juga mudah dan senang. Itu contoh kreatif yang boleh dibuat. Anda sudah bersedia untuk menjadi kreatif?


Sumber:
Pakar Motivasi
Profesional Trainer RK Training & Management