Saturday, January 23, 2010

apa, tayar pancit? biase la tu...

betul ke biase ni…. meh baca criter saya ni dulu:

tayar yg buat hal tu..

pagi tadi saya tengok tayar depan sebelah kanan kereta saya kempis. check betul2, nampak 1 skru mata bunga terlekat kat tayar tu. nasib baik tayar tubeless, kalau tak, naya la saya tukar tayar spare sebelum hantar tampal kat kedai tayar. pelan2 saya drive ke kedai tayar paling hampir. masa tu kami skeluarga nak pergi ke rumah adik di kat temerloh jaya. dia org ajak makan tengahari.


menunggu pemasangan semula.

nk tampal tayar tu mudah aje. bukak tayar, carik tempat bocor, buang paku/ skru yg buat hal tu, cucuk dgn ‘jarum’ yg ada getah penampal kat tempat bocor tu, pam semula, dah siap.. xlama pun & kena bayar rm5 je. sebenarnya saya xbrape percaya berurusan dgn taukey kedai tayar tu, letak harga suka hati dia je. ada masa rm5, ada masa rm10, pernah kena rm15 tapi dh terdesak, datang jugak la.

teringat saya peristiwa semasa beli batu putih kat florist baru2 ni. hari ni dtg dia kasi harga rm1.80 sekilo, hari esok rm1.20 je, lusa pulak dah rm2 jadinya. kurang asam betul. kekadang tu saya sengaja je tanya harga utk test dia org. kalu saya tau je menipu, mmg saya komplen. tapi puak tu mcm2 alasannya, muka tebal betul… maklum la dia xde dosa pahala, cuma tau nilai bagus dgn xbagus je.

haa... yang panjang tu la dia punya 'lock'. ntahape ke nama sebenarnya saya xingat!

balik criter pasal tayar pancit tadi. point yg nk saya smpaikan ni ialah, kalu gatal2 tangan tukar rim tayar standard ke saiz besar, mmg dpt penyakit la jwbnya. biasanya rim besar ni disertakan ‘lock’ khas utk safety. kunun2 supaya org payah nak curi. eleh, kalu stakat nk curik, pasang bom pun org amik jugak.

bila pekerja kedai tu tanya, “mana lock tayar?” saya kelam kabut carik. mmg saya betul2 lupa. terkial2, 1 family tolong carik, akhirnya baru la dapat. saya mmg pasti ada kat dlm kereta tapi xtau kat mana. saya ingat benar beberapa org kawan mngaku dah terkena macam saya ni. bila pancit dlm perjalanan, long distance pulak tu, nak bukak je tayar, ‘lock’ tertinggal kat rumah… pergghhh… siksa!

pengajarannya jgn gatal2 letak ‘lock’ rim tu kat tempat lain slain bersama2 dengan basic emergency tool yg sedia ada kat dalam kereta tu. paling bagus, pakai je lah rim standard. saya pakai rim besar sikit tu sbb kunun2 utk refresh mood. dari tukar kereta, baik tukar rim aje.. .. hihihi!

3 Comments:

At January 23, 2010 at 6:04 PM , Blogger ummzaid said...

18 henci?

 
At January 23, 2010 at 7:16 PM , Blogger Unknown said...

tubeless mmg sepatutnya diwajibkan utk sume kenderaan... my 2 cents opinion... (",)

 
At January 23, 2010 at 7:35 PM , Blogger SOHO Consultation said...

ummzaid: agoknyer la zie, koi lupe ke hencinyer..

makcikshima: aummm... cak!!!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home