Wednesday, October 26, 2011

Nikmat Air Yang Kita Abaikan



Air hujan yang bersih dan segar akan mengalir ke sungai-sungai yang jauhnya berbatu-batu sebelum ia berkumpul dalam empangan di mana ia akan dirawat dan seterusnya diedarkan ke setiap rumah pengguna. Sepanjang laluannya, air bekalan mungkin tercemar sebelum ia sampai ke rumah kita.

Bahan-bahan cemar dalam air boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

1. Patogen Mikrob:


Patogen adalah mikroorganisma punca penyakit, termasuklah bakteria virus dan parasit. Ia memasuki bekalan air minuman apabila air dicemar sisa haiwan atau kumbahan.

2. Bahan-Bahan Cemar Organik:



  • Trihalomthanes (THM) terbentuk apabila klorin dalam air minuman yang telah dirawat bergabung dengan bahan-bahan organik yang wujud secara semulajadi. THM adalah karsinogen (menyebabkan penyakit barah).


  • Racun makhluk perosak, termasuk racun pokok, racun serangga dan racun kulat.


  • Bahan-bahan kimia organik mudah meruap (VOC), termasuklah pelarut, penyahgris, pelekat, bahan-bahan tambah dalam gas dan minyak. Contoh sesetengah VOC biasa: benzena, trichloroethylene (TCE), styrene, toluene dan vinil klorida.


3. Bahan-Bahan Bukan Organik:



  • Ini termasuklah logam-logam toksik seperti arsenik, barium, kromium, plumbum, merkuri dan perak. Bahan-bahan cemar bukan organik boleh memasuki bekalan air minuman melalui sumber-sumber semulajadi, proses-proses industri dan bahan-bahan yang digunakan dalam sistem paip anda.


  • Nitrat merupakan salah satu bentuk bahan cemar bukan organik. Nitrat dalam mendapat mineral, baja, sisa kumbahan dan najis haiwan boleh mencemarkan air. Pencemaran nitrat juga dikaitkan dengan “sindrom bayi biru”.


4. Elemen-Elemen Radioaktif:

Sesetengah kawasan lebih mudah terdedah kepada pencemaran radioaktif – lazimnya daripada penguraian uranium dalam tanah dan batu. Ia sangat toksik dan boleh mengakibatkan barah dan kerosakan buah pinggang jika ia ditelan atau jika terdedah kepadanya.

Air sangat penting untuk kehidupan. Pengambilan air yang mencukupi dikaitkan dengan kesihatan keseluruhan tubuh yang baik. Malangnya, walaupun terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan untuk membersih, menulen dan membekalkan sumber-sumber air yang lebih selamat, bahan-bahan cemar berbahaya masih terus wujud di dalam bekalan air minuman kita. Bahan-bahan cemar ini yang kebanyakannya tidak dapat dilihat atau dirasa mampu mendatangkan risiko kesihatan yang serius.


Piewahid: Intro seorang tetamu senja...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home