Wednesday, December 30, 2009

perihal tidur



elok la bce ni utk mkluman bsame. smoga ada mnfaatnye, insyaallah..

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar merehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain.

Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidak cukup tidur akan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Tapi ini akan kembali normal sekiranya anda boleh tidur lena selama seminggu. Betapa tidak menguntungkan bukan? Tapi jangan juga menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun banyak yang hanya menghabiskan waktu selama 5 jam saja untuk istirehat. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambah tinggi risiko masalah kardiovaskular.

Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya, ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh, tidur boleh mempertingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune anda. Bagi orang dewasa, kurang tidur boleh mengakibatkan major depression. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah, ditambah otak tak boleh berfikir dengan baik. Banyak kes bunuh diri yang terjadi kerana hal iniā€¦

Fakta Menarik tentang Tidur
1. Sewaktu kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada
dalam tingkat yang paling rendah .
2. Sewaktu kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang
pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar.
3. Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan
depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
4. Secara purata setiap orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
5. Suhu tubuh anda akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah
adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
6. Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh
menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa orang tua selalu bangun
ketika bayinya menangis.

Bagaimana Tidur yang Sehat?
1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum
anda tidur. Sebelum memasuki bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.
2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap
harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan
tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman
3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya
lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Berada di ranjang ketika terjaga mungkin
akan meningkatkan kerisauan yang anda tidak boleh tidur.
4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu
yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat
tenaga dalam tubuh meningkat.
5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan
kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu
kemampuan tidur anda.

Sumber & diedit smula:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home