Friday, January 29, 2010

ada diabetes?

sugar tester


tablet splitter/ pembelah ubat


dah siap potong isi dlm kotak tu, senang nk buat bekal ke mana2.

haa... kalu perlu, ini pun elok la ada (check tekanan darah)

ini la ubat yg paling mujarab!!!!!!!!
ngeh, ngeh, ngeh...

ini adalah beberapa barangan yang anda 'WAJIB' ada untuk mengawal kandungan gula di dalam darah anda selain dari rawatan ubat2an, senaman dan diet.

bergantung kepada individu tetapi antara masalah2 utama diabetic ialah:

rasa lesu & mengantuk.
moody.
kerap kencing malam.
lenguh2 kaki tangan & badan.
parut atau bintik2 hitam kat kaki, pergelangan leher, bawah ketiak & celah kelangkang.
lemah tenaga batin.
gatal2 terutama di sekitar kemaluan.
sakit badan.
kepenatan.
haus.
pening.
mudah lebam.
rabun.
berisiko besar mendapat darah tinggi.
berisiko besar mendapat penyakit jantung.
berisiko besar menghidap penyakit buah pinggang.
berisiko menghadapi strok.
hipo (terlampau kurang gula akibat diet yg tidak tepat)
depression.
insomnia.
sukar mengawal koordinasi fizikal dengan pantas. (ketika paras gula semakin tinggi)
keliru @ bingung. (ketika paras gula semakin tinggi)
keinginan tinggi terhadap manisan.
gangren (buruk kaki)
luka yang lambat sembuh.
turun berat badan secara mendadak.
gusi rosak.
ada banyak lagi la...

positifnya pulak:
kita tau kita dh dekat nak kojol, ubah la perangai..
kita lebih alert tentang kesihatan, jadi insyaAllah kesihatan secara keseluruhan lebih memuaskan.
kita masih mampu mengawal penyakit kita.
kita dapat menikmati 'masa2 emas' kita sebelum kiok! (takut ke? alaa.. ajal maut ditangan Allah. yg sihat pun bersepah yang mati dulu) yg penting ikhtiar!
kadang2 jgn pelik kalau kita tengok kawan2 yg ada diabetis mudah hot tempered & sensitive. puncanya dia rasa tidak larat... fahami la mereka.

kepada diabetic, jangan lupa makan ubat. nanti orang akan kata begini: “petang semalam aku tengok dia sihat... je, tetiba hari ni mc pulak, biar betul...” atau: “eh, pagi tadi mc, petang ni aku tengok dia ada jogging kat taman. kalau xsihat, xkan dia gi jogging...” biasa kan?
jadi kawal la kandungan gula di dalam badan anda!

2 Comments:

At January 30, 2010 at 5:59 AM , Blogger mohdandmeriam said...

salam pie. pak cik juga diabetic tapi terkawal. selalu makan ubat dan pergi USM hospital untuk check.

 
At January 30, 2010 at 6:26 AM , Blogger piewahid said...

wslm. t kasih pakcik. saya pun ulang alik ke hospital & makan ubat juga. tapi bila bab kawal makan & exercise tu saya slalu 'terbabas'

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home