Wednesday, February 24, 2010

suka masakan asam pedas? hehehehe... nyakat je!



Asam jawa kepala biawak
2010/02/24

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.
“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Asamjawakepalabiawak/Article

6 Comments:

At February 24, 2010 at 5:51 AM , Anonymous Anonymous said...

salam pie.staghfirullah hal azim..dok di malaysia negara islam boleh jadi ini macam ke.rasa macam dok dinegeri cina je.takut rasanya nak beli asam jawa sekarang. biarlah kita guna asam keping saja..jelas dah nampak keping2 tu dan tak payah ramas2 kan senang ..

 
At February 24, 2010 at 7:36 AM , Blogger piewahid said...

wslm makcik:
hehehe... xreti nak respon komen sbb gambar tu sungguh 'menyentuh perasaan'

 
At February 24, 2010 at 3:56 PM , Blogger Unknown said...

pd masa kini, kita mmg sentiasa tdedah dgn pelbagai risiko yg x dijangka.
moralnya: always expect the an unexpected.
sekian.

 
At February 24, 2010 at 5:59 PM , Blogger piewahid said...

makcik shima:
"always expect the an unexpected"
TQ!

 
At February 24, 2010 at 7:24 PM , Blogger ummzaid said...

perisa masakan tu..

 
At February 25, 2010 at 12:17 AM , Blogger piewahid said...

zie:
hehehehe...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home