Wednesday, June 2, 2010

siapa itu yahudi?


Sumber : YAHUDI Menunggu Kehancuran Suatu Fakta Al?Quran
Diterjemahkan Oleh : Abd. Hakam Jaafar
Terbitan : Aman Palestin Berhad
Rumusan Oleh : Mohd Amirul Asyraf Mohd Hanaffi

PENDIRIAN KITA TENTANG SEJARAH BANI ISRAEL
Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa Al-Quran menuntut kita melihat sejarah Bani Israel dari sudut dan kaca mata yang betul dan dibenarkan di dalam Islam. Kita tidak boleh terus menerima bahawa semua insan yang berbangsa Israel itu jahat dan zalim kerana nabi-nabi Allah yang terdahulu adalah berbangsa Israel dan ada dalam kalangan bangsa ini yang betul-betul beriman kepada Allah S.W.T. Sebab itulah Al?Quran tidak menolak Bani Israel secara total dan kita mestilah jelas berkenaan hal ini.

Sebenarnya semua orang Yahudi dipandang mulia dan agung sejak zaman Ya’qub a.s (Israel ialah nama lain baginda). Mereka pada hakikatnya adalah bangsa pilihan Allah. Namun keengkaran dan kekufuran sebahagian besar mereka telah membuatkan mereka dilaknat oleh Allah sehinggakan mendapat gelaran Yahudi untuk menggantikan nama Israel sebagaimana termaktub di dalam Al Qur'an.

Pandangan Al Quran yang berilmiah, bermetodologi dan berobjektif menuntut kita menilai Bani Israel dari sudut pandangan iman dan taqwa mereka. Seorang muslim yang beriman merupakan peribadi yang dipuji dan disanjung oleh Al?Quran tanpa melihat warna kulit, negara asal mahupun bangsa mereka (meskipun mereka berbangsa Israel).

Oleh hal yang demikian, Al-Quran telah membahagikan Bani Israel kepada dua golongan. Golongan pertama ialah golongan yang mukmin, soleh dan terpuji disisi Allah S.W.T. Golongan yang kedua pula ialahgolongan yang kafir, zalim, ingkar, pengkhianat dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang mencela Bani Israel yang kafir, engkar dan zalim. Golongan ini ialah golongan yang telah mendustakan para nabi serta kufur terhadap wahyu dan perjanjian yang telah dibawa oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al?Baqarah ayat 87-88 maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi pula kemudiandaripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap?tiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombongtakbur (menolaknya), sehingga sebahagian daripada Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam).” (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.”

Petikan ayat di atas dengan jelas menerangkan kepada kita akan adanya dua golongan dalam Bani Israel itu sendiri dan turut dijelaskan bahawa golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah daripada kalangan mereka amatlah sedikit bilangannya.


JANGAN UNGKAP KERAJAAN ‘ISRAEL’

Sama ada kita sedar ataupun tidak, nama Israel telah dimanipulasikan oleh golongan Yahudi laknatullah. Mereka cuba mengaitkan bangsa mereka dengan Nabi Allah Ya’qub a.s yang merupakan seorang rasul yang mulia. Perkara ini supaya kononnya Allah S.W.T akan meredhai hidup mereka sebagai kelompok manusia istimewa di muka bumi ini sebagaimana Allah telah muliakan nabi Ya’qub a.s yang digelar Israel oleh Allah Azzawajalla.

Hakikatnya, mereka tidak layak menggelar diri mereka dengan nama Israel. Kita yang bukan berbangsa Yahudi pula, terutamanya sebagai umat Islam perlu bertanggungjawab dengan tidak menggunakan nama ‘Israel’ dalamapa jua perkara yang merujuk kepada mereka. Negara Israel, kerajaan Israel, Bank Israel, tentera Israel dan sebagainya sepatutnya digantikan dengan panggilan Negara Yahudi, kerajaan Yahudi, bank Yahudi dan tentera Yahudi.

Selain sebab yang telah dinyatakan di atas, Yahudi juga mempunyai sebab lain mengapa mereka menggelar diri mereka Israel. Antaranya adalah untuk meraih simpati dan mendapat sokongan individu?individu berbangsa Yahudi yang menetap di seluruh dunia untuk berhijrah ke Palestin. Sokongan ini penting atas sebab yang berikut. Dalam pembinaan sebuah negara, rakyat adalah satu komponen yang sangat penting. Maka, Yahudi menggunakan entiti Israel yang kononnya menjulang agama dan kitab Taurat untuk mengumpulkan rakyat.

Mereka percaya penganut agama Kristian akan menyokong penubuhan negara Yahudi ini kerana mereka beriman kepada Injil dan Taurat yang menjadi kitab bagi Bani Israel sejak dahulu lagi. Maka, Yahudi mendakwa bahawa kedatangan mereka ke Palestin adalah untuk merealisasikan isi kandungan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

Taurat ialah kitab Perjanjian Lama (Old Testament) manakala Injil ialah Perjanjian Baru (New Testament). Kononnya sokongan penganut agama Kristian ini terhadap entiti Yahudi di Palestin adalah tuntutan iman lantas menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya. Begitulah permainan Yahudi dalam memancing kerjasama penganut Kristian di seluruh dunia. Lebih malang lagi, permainan dan tipu helah itu berjaya dan kelompok Kristian Barat berlumba?lumba menolong Yahudi. Selain faktor agama, mereka sengaja menjadikan Yahudi sebagai sekutu mereka untuk menentang Muslim dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Mengapakah Yahudi bersungguh-sungguh mengaitkan diri mereka dengan Yahudi? Siapakah Israel sebenarnya? Israel ialah seorang nabi yang mulia dan dikasihi oleh Allah S.W.T. Baginda merupakan salah seorang nabi Allah dan namanya ialah Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Rujuk firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat 58. Sekali lagi, Israel adalah nabi dari golongan susur galur keluarga nabi-nabi Allah yang mulia. Hal inilah yang menarik minat Yahudi untuk menggunakan nama Israel. Ibrahim a.s ialah ayahanda kepada para nabi. Ia ibarat sebatang pokok kepada dua dahan kenabian iaitu Israel dan Ismail. Dahan pertama, dahan kenabian Ismail ini diakhiri oleh penamat segala nabi, Nabi Muhammad S.A.W. Dahan kenabian Israel pula terdiri daripada para nabi Bani Israel iaitu Ishaq, Ya’qub (Israel) dan Yusuf a.s.

Salasilah ini merupakan salasilah yang diberkati dan mulia. Bermula daripada datuk hinggalah ke cucunya, mereka adalah nabi-nabi Allah. Nabi Bani Israel pula semuanya daripada keturunan Ya’qub (Israel) seperti Musa, Harun,Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’ Zulkifli, Zakariya, Yahya dan Isa a.s.

Kenapakah dinamakan Ya’qub dengan Israel? Ya’qub dan Israel sebenarnya bukan nama Arab tetapibahasa Ibrani. Walau bagaimanapun kita tidak ada ilmu untuk membahaskan sebab kenapa baginda diberi dua nama berkenaan. Kita tidak mengetahui apakah hikmah Allah menamakan baginda sedemikian tetapi apa yang penting memang jelas berdasarkan ayat-ayat al-Quran bahawa Allah memanggil baginda dengan nama Ya’qub dan Israel.

Di dalam kitab Taurat yang telah diselewengkan, golongan kafir laknatullah telah mereka satu cerita yang sangat tidak masuk akal mengenai penggunaan nama Israel kepada Ya’qub. Ceritanya ialah, pada suatu hari, Ya’qub telah berjalan di sebatang jalan sewaktu fajar sedang menyingsing. Tiba-tiba Tuhan telah turun ke dunia di hadapannya. Lantas mereka berbicara dan berlawan. Akhirnya Ya’qub berjaya menewaskan Tuhan. Kemudian mereka berlawan buat kali kedua dan ketiga dan Tuhan kalah kepada Ya’qub tiga kali berturut-turut dan Ya’qub berada di atas Tuhan. Kerana takut dilihat oleh manusia akan hal itu, Tuhan merayu meminta Ya’qub melepaskannya sebelum masuk waktu Subuh. Kononnya, Tuhan takut maruahnya akan jatuh. Maka, dipendekkan cerita nama Israel yang mulia dianugerahkan kepada Ya’qub kerana berjaya mengalahkan Tuhan. Sesungguhnya satu perkara yang sangat tidak masuk akal dan kita sebagai muslim mesti menentang cerita karut marut yang tidak benar ini.

Siapakah Bani Israel? Mereka ialah anak?anak Ya’qub a.s dan Allah S.W.T telah mengurniakan baginda 12 orang anak. Mereka ialah nabi Yusuf a.s dan adik beradiknya. 12 saudara ini tinggal di Mesir dan daripada mereka berkembangnya 12 kabilah Bani Israel. Nama dan gelaran ini kekal sehinggalah kebangkitan nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W, Allah memanggil mereka dengan nama Yahudi kerana mereka kufur dan enggan beriman dengan Muhammad S.A.W.

Ringkasnya, ‘Yahud’ bukanlah perkataan Arab dan ia sebenarnya khusus untuk bangsa yang kafir dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sebab itulah perkataan al?Yahud (Yahudi) hanya terdapat di dalam surah dan ayat yang telah diturunkan di Madinah sahaja dan bukannya yang diturunkan di Mekah. Malah, dalam ayat?ayat berkenaan pula, nama Yahudi merujuk kepada ungkapan kejian dan murka Allah, bukannya pujian. Peralihan dari penggunaan Israel kepada nama al?Yahud ini merupakan satu kaedah gaya bahasa al?Quran yang merupakan satu pendekatan membezakan dua nama, Yahudi dan Israel.

Sebenarnya apabila Al-Quran mencabut dan membatalkan daripada mereka nama Bani Israel, Allah ingin merentap daripada mereka perwarisan daripada Ibrahim a.s dan Israel (Ya’qub) a.s. Meskipun mereka daripada keturunan Israel, mereka tidak layak mewarisi keturunan Bani Israel kerana mereka tidak beriman dengan agama Ya’qub a.s.

Kesimpulannya, Yahudi bukanlah Israel dan begitulah juga sebaliknya. Sebagai penutup, kita hendaklah percaya bahawa segala yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar dan sahih serta menjadi petunjuk dan panduan kepada seluruh umat Islam sehinggalah ke hari Kebangkitan, hari Kiamat kelak. Kita mesti sama?sama berjuang dan hidup berpandukan Al?Quran dan Al-hadis. Jangan kita takut akan musuh kita Yahudi mahupun sesiapa sahaja kerana masa depan adalah milik umat Islam maka kita mesti memasukkan diri kita dalam kumpulan yang berjihad kepada Allah walaupun jihad itu dalam apa jua bentuk sekalipun.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 112 yang bermaksud:
“Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”

Demikian ialah janji Allah bahawa kemenangan itu milik kita dan ia pasti tiba. Justeru, marilah sama-sama kita berjuang demi merealisasikan tuntutan dan janji Allah ini, Insya Allah. Semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama kita para mukmin yang berjuang.

Sumber: http://pembinaselangor.com

Labels: ,

Tuesday, June 1, 2010

diabetes dan komplikasi makrovaskular…

(google)


oleh: prof. emeritus datuk mustaffa embong (pakar perunding diabetes, institut diabetes negara) (nadi)

ana, dalam usia 50-an, sentiasa sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

pada suatu pagi, sewaktu beliau hendak ke pejabat, ana mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. rasa sakit itu merebak ke lengan kiri dan akhirnya beliau terus tidak sedarkan diri.

apabila beliau pulih dan sedar semula, ana mendapati dirinya berada di hospital. apakah yang telah berlaku?

“ana, anda telah mengalami serangan jantung. dan anda juga ada menghidapi diabetes yang tidak terkawal. serangan jantung adalah satu komplikasi kebiasaan akibat daripada penyakit diabetes yang tidak dirawat,” terang doktor.

kisah ana ini adalah lazim bagi kebanyakan mereka yang menghidap diabetes tetapi belum lagi didiagnosis. oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

pada suatu hari nanti, mungkin dengan secara tiba-tiba sahaja, mereka diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung. biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka akan bergegas berjumpa doktor di mana mereka akan diberitahu bahawa apa yang telah mereka alami sebenarnya merupakan gejala-gejala komplikasi diabetes.

diabetes, yang biasanya dikenali sebagai ibu kepada semua jenis penyakit, merupakan keadaan di mana anda mempunyai terlalu banyak glukosa dalam darah dan ini akan juga mengkucar-kacirkan paras kolesterol darah serta tekanan darah anda.

walaupun buat masa ini diabetes masih belum ditemui penawarnya, namun penyakit ini boleh sempurna dikawal. sebaliknya, jika tidak dikawal dengan baik, diabetes boleh membawa kepada pelbagai komplikasi termasuk pada saluran-saluran darah kecil (mikrovaskular) dan komplikasi makrovaskular.

komplikasi makrovaskular merupakan penyakit-penyakit saluran darah besar (tiub-tiub berongga yang membawa darah ke organ-organ dan tisu-tisu) yang disebabkan oleh paras glukosa darah, paras kolesterol darah dan tekanan darah yang tinggi – tiga faktor risiko yang biasa terdapat pada penghidap diabetes.

komplikasi-komplikasi makrovaskular yang lazim:
tiga komplikasi makrovaskular yang paling lazim akibat diabetes adalah penyakit jantung koronari, strok dan penyakit arteri periferi (pad).

penyakit jantung koronari & strok
penyakit jantung koronari atau penyakit arteri koronari (cad) adalah bentuk penyakit jantung yang paling lazim dihidapi oleh mereka yang menghidap diabetes yang tidak dikawal. ia berlaku apabila pengaliran darah melalui arteri koronari (jantung) tersekat akibat pengumpulan enapan lemak (suatu keadaan yang dipanggil aterosklerosis). enapan lemak (atau plak) ini terbentuk akibat kecederaan pada bahagian lapisan dalam dinding arteri yang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kolesterol darah tinggi, tekanan darah tinggi serta penyakit-penyakit seperti diabetes.

enapan-enapan lemak ini akan menyempitkan arteri-arteri dan mengakibatkan jantung anda kurang menerima darah. pengaliran darah yang semakin berkurangan ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina), sesak nafas atau gejala-gejala lain.

penyumbatan saluran darah ke jantung mungkin akan menyebabkan anda terkena serangan jantung. jika saluran darah ke otak anda tersumbat, maka anda mungkin akan terkena serangan strok.

penyakit arteri periferi (pad)
pad adalah lebih kurang sama dengan penyakit jantung koronari tetapi ia berlaku apabila plak terbentuk dalam arteri-arteri yang membekalkan darah ke kaki. enapan lemak akan terkumpul pada bahagian lapisan dalam dinding arteri kaki, menyempitkan arteri-arteri serta mengurangkan pengaliran darah ke kaki anda.

ini akan mengakibatkan sakit kaki terutama sekali semasa berjalan. anda juga akan lebih mudah mendapat jangkitan dan juga ulser pada kaki. jika tidak dirawat, pad boleh menghentikan terus bekalan darah hingga menyebabkan tisu-tisu pada jari-jari kaki dan kaki mati serta mengakibatkan gangren kaki. dalam kes-kes yang lebih teruk, kaki anda mungkin terpaksa dipotong.

oleh itu, jika anda ada mengalami sakit kaki semasa berjalan; rasa kebas di kaki; ulser pada jari-jari kaki atau kaki yang sukar sembuh; maka anda dinasihatkan agar segera berjumpa doktor kerana kesemua ini mungkin merupakan gejala-gejala pad.

langkah-langkah untuk mencegah komplikasi makrovaskular
walaupun menghidap diabetes, ini tidak pula bermakna yang anda terpaksa menderita akibat komplikasi makrovaskular sepanjang hayat anda. anda berupaya mengambil langkah-langkah mencegah atau melambatkan daripada berlakunya komplikasi dengan menguruskan dengan sempurna diabetes anda. berikut adalah beberapa cara-caranya:

mengetahui paras-paras anda:
anda perlu menguruskan ketiga-tiga faktor risiko komplikasi makrovaskular: paras glukosa darah, tekanan darah serta lipid (lemak) darah anda.

berjumpalah doktor untuk mengetahui paras-paras terkini anda. kemudian, bekerjasamalah dengan doktor anda untuk menghasilkan satu pelan bagi memastikan ketiga-tiga faktor risiko ini sentiasa berada dalam lingkungan paras yang sihat:

l. kekalkan paras glukosa darah anda

bacaan yang disyorkan iaitu 4 – 6mmol/l semasa berpuasa dan di bawah 8 mmol/l selepas makan. satu cara yang baik untuk memeriksa sama ada pengawalan glukosa darah anda adalah baik ataupun sebaliknya dalam masa 2 atau 3 bulan yang lepas, ialah dengan mendapatkan doktor anda memeriksa paras hba1c (kompleks hemoglobin berglukosa) anda. paras hba1c yang sihat adalah di bawah 6.5 peratus
* kekalkan tekanan darah anda pada 130/80 mmhg atau rendah
* untuk lipid darah pula – kolesterol dan trigliserida – matlamat anda adalah untuk mengekalkan lipoprotein berketumpatan rendah (ldl) atau kolesterol jahat kurang daripada 2.6 mmol/l, lipoprotein berketumpatan tinggi (hdl) atau kolesterol baik lebih daripada 1.02 mmol/l (lelaki) atau lebih daripada 1.3 mmol/l (wanita) serta trigliserida anda pula (satu lagi bentuk lemak jahat) di bawah 1.7 mmol/l.

2. mengambil diet yang sihat

diet yang sihat serta tabiat makan yang baik adalah sangat penting untuk menguruskan diabetes anda. makanlah diet yang seimbang serta pelbagai yang mengandungi serat tinggi dan rendah lemak serta kurang minyak.

elakkan memakan makanan mengandungi lemak tepu, lemak trans serta makanan yang berkolesterol tinggi.

ada baiknya juga jika anda langsung tidak minum minuman beralkohol tetapi jika dirasakan perlu, minumlah dalam kuantiti yang sederhana.

dapatkan pakar diet untuk menyediakan suatu pelan diet yang praktikal yang dapat membantu anda untuk mengekalkan paras glukosa darah, tekanan darah serta paras lipid darah pada paras yang sihat.

3. gerakkan badan anda

aktiviti fizikal yang sederhana cergas seperti berjalan pantas atau berjoging selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk tiga kali seminggu akan membantu menurunkan paras glukosa darah serta lipid yang tidak baik dalam darah dan juga akan membantu meningkatkan jumlah kolesterol hdl yang baik.

ia juga akan menguatkan jantung, membantu dalam penurunan berat badan serta mengekalkan berat badan yang sihat dan menggalakkan pengedaran darah.

lakukan kerja-kerja rumah dengan lebih bertenaga, basuh kereta anda sendiri, lakukan kerja di halaman rumah anda dan lebih banyak berjalan (walaupun di pejabat).
anda boleh mula menjalankan senaman aerobik secara kerap seperti berbasikal, berenang atau bersukan, jika dibenarkan oleh doktor.

4. tolong jangan merokok

merokok akan mempercepatkan pembentukan plak dan boleh menyempitkan saluran darah anda serta merta. ini akan menyukarkan pengaliran darah ke organ-organ penting seperti jantung dan otak anda.

merokok bukan sahaja mempunyai kesan yang buruk pada diri anda tetapi juga terhadap orang tersayang anda.

5. belajar untuk relaks

berusaha untuk relaks atau bertenang (bagi fikiran serta juga tubuh anda) menerusi meditasi atau sembahyang kerana ia dapat membantu pengawalan tekanan darah anda serta mungkin juga akan memperbaiki kawalan paras glukosa dan kolesterol darah anda.

6. mengambil ubat-ubatan

jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, maka pastikan anda mengambil ubatan seperti mana yang dinasihatkan oleh doktor anda.

jangan menukar ubat- ubatan atau dosej dengan sendiri atau terus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan melainkan telah disuruh oleh doktor.

7. dapatkan pemeriksaan doktor

kerap mendapatkan pemeriksaan doktor. doktor dan penjaga kesihatan anda yang lain (seperti pendidik diabetes atau pakar diet) akan membantu memastikan anda menguruskan diabetes (serta tekanan darah dan kolesterol darah) dengan baik.

jika mereka mendapati paras anda tidak berada dalam lingkungan yang sihat dan anda berisiko tinggi akan terkena komplikasi makrovaskular, maka mereka akan segera membantu untuk menyelaraskan pelan penjagaan diabetes anda untuk lebih sempurna.
pemeriksaan doktor yang kerap akan menjadi lebih penting jika anda sudah pun mengalami komplikasi makrovaskular.

jika demikian, kumpulan penjaga kesihatan anda akan membantu anda menguruskan komplikasi anda untuk mencegahnya dari menjadi lebih teruk lagi.

kebaikan serat larut
paras glukosa darah yang tidak dikawal dengan baik digandingkan pula dengan paras kolesterol darah serta tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan saluran-saluran darah dan akhirnya akan mengakibatkan komplikasi- komplikasi mikro dan juga makrovaskular.
satu cara bagaimana anda boleh menguruskan paras glukosa darah anda ialah dengan meningkatkan pengambilan serat.

serat larut, yang banyak terdapat dalam oat, barli, legum serta sesetengah roti yang dirumus khas, boleh membantu menstabilkan paras glukosa darah anda dengan memperlahankan proses pencernaan serta penyerapan.

justeru, glukosa dalam makanan yang dimakan akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah. ini akan mencegah paras glukosa darah daripada menaik secara mendadak.

serat larut (terutama sekali beta-glukan) telah terbukti secara klinikal mampu menurunkan paras kolesterol darah dengan memerangkap asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan.

selepas itu, asid-asid ini akan dibuang bersama bahan-bahan buangan tubuh anda mengakibatkan hanya sedikit sahaja kolesterol yang akan diserap balik ke dalam aliran darah anda. ini memberikan kesan penurunan secara keseluruhan terhadap paras kolesterol darah anda.

mahukan tip untuk mencegah diabetes dan penyakit jantung?
penyakit jantung merupakan satu daripada komplikasi makrovaskular yang utama akibat pengawalan diabetes yang tidak baik.

jika anda tidak menghidap diabetes, maka anda patut mula mengambil langkah-langkah secara proaktif untuk mencegah diabetes agar tidak terkena penyakit jantung atau komplikasi-komplikasi diabetes yang lain yang boleh membawa maut.

bagi mendapatkan tip-tip untuk mencegah diabetes, satu penyebab utama penyakit jantung, sila hubungi sekretariat menangani wabak diabetes (fad) di talian 03-78761676/1677 untuk mendapatkan naskhah percuma buku kecil sayangi jantung anda, cegah diabetes.

- artikel ini adalah sumbangan program menangani wabak diabetes fasa 2 (penjagaan jantung) yang dianjurkan oleh institut diabetes negara (nadi) dengan usahasama kementerian kesihatan malaysia, persatuan pemakanan malaysia, persatuan dietitian malaysia dan persatuan kajian obesiti malaysia. program ini disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat daripada roti gardenia breakthru. untuk maklumat lanjut, sila hubungi nadi di talian: (03) 7876 1676.

Labels: , , ,