Monday, March 22, 2010

hukum qadha' solat


solat adalah satu perintah agama yang mempunyai pengkhususan tempoh perlaksanaannya. ia mempunyai waktu-waktu yang telah sedia diatur dan ditetapkan oleh allah subhanahu wata'ala, iaitu melalui firmannya: sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [maksud surah an-nisaa' 4 - 103]. apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan dalam waktunya, ia digelar sebagai al-adaa' manakala apabila solat itu dilaksanakan di luar waktunya ia digelar sebagai al-qadha. secara lebih mendalam, qadha didefinasikan sebagai - melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya atau melakukan solat selepas dari waktunya yang telah ditetapkan.

[1]sebab-sebab membolehkan solat diqadha.al-qur'an dan as-sunnah sememangnya ada mengajar kita tentang perihal menunaikan solat-solat fardhu di luar waktu yang ditetapkan. akan tetapi kebolehan ini hanya atas beberapa sebab yang juga telah dijelaskan secara terperinci oleh kedua sumber syari'at tersebut, iaitu:

1. apabila seseorang itu tertidur sehingga luput waktu solatnya.

2. apabila seseorang itu terlupa sehingga luput waktu solatnya.

3. apabila tersilap kiraan waktu solat sehingga terluput waktu yang sebenarnya.

4. apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi darurat sehingga terluput waktu solatnya.cdemikianlah sahaja empat faktor yang dibolehkan bagi seseorang itu tidak mendirikan solat-solatnya yang fardhu lalu kemudian diqadhakannya di lain waktu.

[2] tertidur dan terlupa adalah suasana yang dimaafkan bagi seseorang yang tidak solat di waktunya lalu diqadhakan dalam waktu yang lain apabila dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda rasulullah sallallahu-alaihi- wasallam:barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikan ia apabila teringat. tidak ada hukuman selain dari itu.

[3]nabi sallallahu-alaihi- wasallam juga telah bersabda dalam satu hadith yang lain: sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana allah ta'ala telah berfirman: "dan dirikanlah solat untuk mengingati aku."

[4]kedua-dua sebab di atas diberikan kemaafan oleh syari'at kerana ia adalah bentuk keuzuran manusia yang diluar kemampuannya. akan tetapi kemaafan ini tidaklah diberikan kepada mereka yang sengaja lagi sedar bertujuan berbuat sedemikian. contohnya orang yang sengaja tidur di akhir waktu solat padahal dia masih belum solat maka dia dipandang sebagai berdosa besar kerana sengaja mencari helah untuk tidak solat. demikian juga hukum yang sama bagi orang yang sengaja menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang sememangnya akan membawa kepada kelupaan seperti sengaja mengasyikkan diri dengan permainan sukan di akhir waktu solat sehingga tertinggal solatnya itu. perbuatan sebegini membawa bebanan dosa yang amat besar ke atas orang itu dan dia selain wajib mengqadha solat tersebut, dituntut agar segera bertaubat dan memperbetulkan dirinya.termasuk dalam kategori orang yang tertidur, melalui kaedah qiyas, ialah orang yang pitam atau pengsan. maka bagi mereka dimaafkan solat yang tertinggal itu akan tetapi apabila sedar semula wajib diqadha bilangan solat yang tertinggal. akan tetapi dimaafkan secara terus orang yang diserang penyakit gila atau koma, di mana kedua ini adalah sejenis keuzuran yang berpanjangan dan orang yang menghadapi suasana ini diangkat darinya sebarang kewajipan agama, seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. orang yang menghadapi kondisi ini tidak perlu mengqadha solat yang tertinggal selama tempoh dia sedang gila atau koma.

walaubagaimanapun perlu dibezakan antara gila kerana penyakit atau gila kerana mabuk; di mana gila kerana mabuk adalah perbuatan sengaja manusia itu sendiri dan dia tetap diwajibkan mengqadha semula solat yang tertinggal apabila waras kembali.

[5]kategori ketiga yang membolehkan solat diqadha ialah apabila seseorang itu tersilap dalam kiraan waktu solatnya. contohnya ialah apabila seseorang yang bermusafir ke negara lain lalu tersilap dalam menentukan zon waktu negara tersebut, kemudian dengan itu disangkanya bahawa waktu solat itu masih hadir padahal sudah luput maka bagi dia tiada kesalahan kecuali tetap menunaikan solat tersebut secara qadha. ini berdasarkan firman allah subhanahu wata'ala: dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. dan (ingatlah) Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani. [maksud surah al-ahzab 33 - 05] dan juga sabda nabi sallallahu-alaihi- wasallam: sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.

[6]kategori keempat yang membolehkan solat fardhu ditunda dari waktunya yang asal ialah dalam suasana darurat. darurat ialah satu kondisi yang melibatkan keselamatan nyawa dan anggota seseorang itu atau orang-orang di bawah amanahnya (life and death situation). dari sudut syari'ah ianya didefinasikan sebagai - darurat itu ialah datangnya keadaan bahaya atau kesulitan yang amat berat kepada diri manusia, yang membuatkan dirinya kuatir akan terjadinya kerosakan atau sesuatu yang menyakiti jiwa, anggota badan kehormatan, akal harta dan yang bertalian dengannya. ketika ini boleh atau tidak harus mengerjakan yang diharamkan atau meninggalkan yang diwajibkan atau menunda waktu perlaksanaan guna bagi menghindari kemudaratan yang diperkira dapat menimpa dirinya selama tidak keluar dari syarat-syarat yang ditentukan syara'.

[7]dalil yang membolehkan suasana darurat sebagai faktor membolehkan penundaan kewajipan solat dari waktunya ialah peristiwa yang berlaku di ketika perang khandak, di mana rasulullah sallallahu-alaihi- wasallam dan para muslimin sekalian sedang berada di kegentingan peperangan mempertahankan kota madinah dari serangan musuh sehingga tidak berkesempatan untuk mendirikan solat asar. maka apabila serang musuh yang bertubi-tubi itu reda di waktu maghrib, barulah nabi sallallahu-alaihi- wasallam serta orang ramai berkesempatan untuk menunaikan solat asar mereka, diikuti dengan solat maghrib.jabir bin abdillah radiallahu-anhu menceritakan: di ketika perang khandak umar al-khattab menyumpah-marah kaum kafir quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata: ya rasulullah ! saya tidak sempat mendirikan solat asar dan matahari sudahpun turun ! nabi sallallahu-alaihi- wasallam berkata: demi allah ! aku juga belum solat ! dengan itu kami turun ke buthan (perigi air - p) dan nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat maghrib.

[8]maka dari hadith dan peristiwa di atas para ahli fiqh bersepakat menyatakan bahawa kondisi yang membolehkan seseorang itu menundakan solatnya ke waktu yang lain apabila dia berada dalam keadaan sedar ialah kondisi darurat sahaja. diulangi bahawa darurat itu ialah suasana yang membahayakan nyawa seseorang itu atau mana-mana anggota tubuh badannya. adapun keuzuran atau apa-apa halangan lain yang tidak membahayakan nyawa dan anggota maka ia tidaklah membawa kepada kelonggaran hukum mengqadhakan solat, sepertimana yang akan dihuraikan di bawah nanti.tertib mengqadha solat.solat-solat yang terluput dari waktunya wajib didirikan semula secepat mungkin apabila teringat dan sedar dari kondisi terdahulu kecuali ada sebab tulen yang menghalang seperti terikat dengan suasana cuaca buruk, amanah berat dan tanggung-jawab yang tidak dapat ditangguhkan. solat yang tertunda juga wajib diqadha secara berturut dan bergiliran, tidak dengan pilihan yang rambang. maksudnya ialah orang yang tertidur sehingga luput solat asarnya dan kemudian terjaga di waktu solat maghrib maka bagi dia ialah menunaikan solat asar dahulu kemudian diikuti oleh solat maghrib. demikian juga kaedahnya bagi orang yang tertinggal beberapa solat sekali-gus, dia wajib mengqadhakan solatnya itu mengikut giliran dan turutan kemudian barulah mendirikan solatnya yang hadir. kewajipan ini didasarkan kepada hadith di atas mengenai peristiwa perang khandak di mana nabi sallallahu-alaihi- wasallam apabila terhalang solat asarnya sehingga masuk waktu maghrib, beliau mengqadha solat asar itu terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh solat maghrib.walaubagaimanapun kewajipan ini, berdasarkan ijtihad para fuqaha

[9], dilonggarkan dalam beberapa suasana, iaitu -

1. apabila waktu solat yang hadir hampir berakhir maka diharuskan mendirikan solat yang hadir dahulu kemudian diikuti oleh solat yang hendak diqadha.

2. apabila sedang solat lalu tiba-tiba baru teringat akan solat yang tertinggal maka dibolehkan meneruskan solat itu sehingga akhir kemudian disusuli dengan solat yang perlu diqadha itu.

3. apabila solat yang perlu diqadha itu melebihi solat sehari, iaitu melebih 5 waktu maka dilonggarkan kewajipan mengqadhanya mengikut turutan akan tetapi tetap wajib diqadhakannya secepat mungkin.disini perlu diperbetulkan perbuatan sesetengah yang memilih-milih secara rambang tentang bilakah dia akan mengqadha solat yang tertinggal dan mengikut suka hati solat apa yang hendak diqadhakan dahulu. sumber-sumber nas jelas menerangkan bahawa solat adalah ibadah tunggak seorang muslim dan apabila tertinggal ia wajib diqadha secepat mungkin menurut turutan dan gilirannya. adapun memilih-milih sesuka hati bilakah akan diqadha solat yang tertinggal dipandang sebagai satu perbuatan meremahkan solat dan mempermainkan tanggung-jawabnya terhadap allah azza wajalla dan orang sebegini dituntut agar segara bertaubat dan memperbetulkan perbuatannya itu.

Thursday, March 18, 2010

10 kebaikan coke. cubalah...


baru² ni saya merayau kat internet mencari maklumat tentang bahaya coke. saya terjumpa banyak websites yang menceritakan keburukan coke dan salah 1 nya ialah yang ini. saya fikir yang ini sesuai dikongsi kerana ianya berbetuk analogy, mudah kita nak faham. saya copy dan editkan sedikit untuk dikongsi bersama kengkawan.

fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan so, di usa dan britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan coke : coca cola. di dalam kebanyakan negeri di us, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. cam pasukan smart dan bomba kita tu, harzadous team. cuba tanya plus ronda atau lebuhraya, adakah mereka guna?

anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. untuk mencuci tandas : masukkan setin air coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam coke. satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke. kesannya karat
hilang!

4. untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru nat bateri kereta : tuang saja setin coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : sekali lagi tuang setin coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. untuk menghilangkan kesan minyak lekit dari pakaian : tambahkan setin coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. kesan minyak tu pasti hilang. kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? celup tuala dengan coke dan lap. pasti bersih. tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. bahan aktif coke adalah phosphoric asid. ia mempunyai ph 2.8. ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. kilang perwaja/besi mesti suka ni! asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. sila lihat lori yang membawa air sirap coke dalam lori tangki, (bukan lori yang bawa coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran “bahan kimia bahaya” atau”bahan penghakis : bahaya”. lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. para pengedar minuman coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. wahh…mesti buat overhaul ni!

9. kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin coke. cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. tambah pula dengan ais!. wahh! rasa cam minum coke berperisa kopi. asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. lidah ngan otakpun kena tipu. semua minuman ringan menggunakan id yang sama. tak kiralah pepsi. 7-up, drinho, yeos, milo, f&n dll. sama jer! anak bapak dan keluarga 69.
coke membawa maksud dadah cocaine. asal minuman coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. cam candu masuk china dulu. antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang cola. tu yang mai perkataan cocacola tu.

cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum coke, sama jer! anda minum caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. di india, negeri andhra pradesh dan chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. jadi racun seranggalah pulak. saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah coke untuk bunuh serangga. cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? cubalah!
syarikat coke dimiliki oleh pelabur berbangsa yahudi 100%. kat mekah ada mecca cola. betul ker? yang pernah pi mekah bleh confirm kot?

jadi, sambil-sambil kita minum coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

rupa-rupanya coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. yang mana tak pass sains khasnya kimia. dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


nie plak aku terbaca dari carigold.com :
kenapa orang yahudi tak minum coke dan pepsi
disampaikan oleh seorang sahabat…..



assalamualaikum kengkawan…

last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu… masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita… dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims’ lifestyle kat sana.

setelah serangan secara fizikal ke atas umat islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat islam kat mesir tu.

dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!

kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you’re a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? therefore, untuk kemakmuran
umat islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

pls stop drinking & buying coke & pepsi.

Wednesday, March 10, 2010

Sejarah Hak Cipta dan Huraiannya



Umat Islam hari ni masih keliru dengan hukum hak cipta yang diamalkan sekarang. Malahan ada ulama dan alim yang mengatakan hak cipta adalah selari dengan Islam, sebagaimana mereka mengatakan demokrasi itu sendiri ada dalam Islam. Sesungguhnya tidak ada satupun ayat quran atau hadith yang membenarkan hak cipta. Tapi bagaimanakah ada sebahagian alim yang membenarkannya?
Sejarah Hak Cipta

Hak cipta (copyright) ialah satu bentuk harta intelektual yang memberi hak ekslusif kepada penulis asalnya untuk tempoh masa tertentu berhubung dengan hasil kerjanya, termasuklah pengeluarannya, pengedarannya dan pengambilan isi-isinya yang berkuatkuasa selepas hasil kerjanya itu memasuki dunia awam. Hak cipta telah diasaskan bersama Statute of Anne di Britain, yang bertujuan untuk mempromosi sains dan seni yang berguna dengan melindungi hasil kerja tersebut dengan memberikan hak ekslusif kepada penulis dan penciptanya.
Kenapa Hak Cipta?

Apa yang selalu dibimbangkan mengenai pengedaran atau peniruan sesuatu hasil kerja ialah manfaat atau lebih mudah dikatakan wang yang diperoleh ditakuti akan merosot kerana hasil kerja yang sama boleh diperoleh di satu tempat lain dengan harga yang lebih murah. Di sini ana ingin mengupas satu demi satu hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta dan perbandingannya dengan Islam.

1) Hak cipta pada asalnya lebih ditekan oleh pihak penerbit berbanding pihak penulis atau pencipta kerana lebih menguntungkan pihak penerbit. Berdasarkan fakta bahawa penerbit-penerbit kini biasa memperoleh hak cipta daripada pengarang sebagai syarat untuk menerbitkan karya mereka, salah satu daripada kritikan sistem terkini adalah bahawa undang-undang hak cipta lebih memanfaatkan penerbit berbanding pengarangnya.

2) Royalti merupakan perkara yang utama yang diinginkan oleh pihak yang menekankan hak cipta. Hal ini jelas membuktikan pengaruh kapitalis dalam minda mereka. sesuatu yang dihasilkan diberi penekanan ke atas manfaat atau faedah kepada diri sendiri, berbanding faedah kepada yang akan diperolehi umat. Islam tidak menyekat perkembangan ilmu malah menggalakkan lagi perkembangan ilmu. Hal yang terjadi hari ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh ilmuwan Islam terdahulu. Para ilmuwan Islam (ada yang ditaja oleh khilafah) berusaha mencari ilmu dan meneroka bidang-bidang baru kerana inginkan manfaatnya diperoleh umat atau dengan kata lain untuk kemaslahatan umat. Dan umumnya diketahui bahawa ilmuwan Islam kebanyakan daripada mereka adalah orang miskin dan mereka tidak menjadi kaya secara tiba-tiba dengan ilmu yang mereka peroleh. berdasarkan fakta ini, kita boleh lihat bahawa ilmuwan Islam zaman khilafah tidak memandang wang sebagai sandaran kepada apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh, Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. ibn haitham juga dikenali sebagai orang yang miskin dari segi material, tetapi tidak dari segi ilmu yang dimilikinya. hal ini cukup membuktikan bukan wang yang ingin diperoleh, tetapi redho Allah yang ingin dikecapi dengan memberikan jalan untuk kemaslahatan manusia. tidak pernah tercatatdi dalam lembaran sejarah bahawa Ilmuwan Islam zaman dahulu bangkit dan marah kerana hasil kerja mereka dipelajari barat malahan Umat Islam berbangga kerana umat lain menghormati kaum Muslim kerana kejayaan para ilmuwan Islam.

3) Pandangan yang menyokong Hak Cipta dan mengatakan hak cipta selari dengan Islam adalah mereka yang mengatakan bahawa hukum tentang hak cipta digali daripada kemaslahatan umum (maslahah mursalah) padahal jelas pada kita bahawa sumber hukum dalm Islam hanyalah Quran, sunnah, dan ijma' sahabat. Ada juga mengatakan Hukum Islam menempatkan adat dan opini publik sebagai salah satu sumber hukumnya, bila tidak bertentangan dengan ketentuan umum hukum Islam. yang ini lebih mengelirukan umat kerana mengatakan hukum Islam itu diperoleh daripada adat dan opini publik. Bolehkah deen yang datang dari wahyu ini diambil hukumnya berdasarkan adat yang dicipta manusia dan pandangan majoriti manusia biasa?

4) Ada juga mengatakan membuat salinan sesuatu barang yang mempunyai hak cipta umpama mencuri hak pencipta barang tersebut. Hal ini merupakan satu fakta yang kelakar. Jadi bagaimana kalau kita membeli CD lagu lalu kita membuat salinan lain? CD itu dibeli bukan dicuri. Jika akadnya sah, maka segala apa yang kita beli dalam CD itu semuanya jadi hak kita, bukan lagi hak pencipta lagu itu. jadi apa hak pencipta lagu itu untuk menghalang kita melakukan apa-apa kepada isi CD tersebut? Jadi istilah cetak rompak itu tidak ada dalam Islam tetapi cetak rompak itu merupakan istilah yang dicipta para kapitalis untuk memastikan mereka berterusan berenang dalam lautan wang ringgit.

5) kalau kita melihat kitab-kitab ilmu yang ditulis oleh imam-imam terdahulu yang sekarang telah dicetak berulang kali, ada tak mereka berfikir tentang hak cipta atau menulis hukum tentang idea hak cipta? kalau betul mereka mengamalkan hukum hak cipta ni, tak bolehlah cetak kembali karya ulama-ulama terdahulu kerana mereka semua sudah mati! Bagaimana nak minta izin pada ulama2 tersebut? adakah di bawah kulit kitab almuwatta' karya imam malik tertulis 'hak cipta terpelihara'? Tidakkah ini satu lagi fakta yang kelakar?

6) para tabiin, tabi't tabi'in dan ulama'-ulama' terdahulu tidak pernah membincangkan idea hakcipta terpelihara, padahal mereka ialah orang-orang yang alim lagi memahami tentang hukum mencuri atau merampas hak orang lain dalam Islam. Ulama zaman sekarang hanya mula membincangkan setelah akidah sekular kapitalis mula membawa masuk idea hak cipta ini dan mempengaruhi umat Islam untuk menyekat perkembangan ilmu.

untuk menyelesaikan masalah Hak Cipta ini bukanlah semudah ABC melainkan akar-akar sekular kapitalis ini dicabut dan dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Kerana selagi dalam pemikiran manusia itu mencari dan mengkaji ilmu kerana duit, mencipta sesuatu teknolgi baru kerana duit, buat CD nasyid kerana duit, maka idea hak cipta ini akan terus subur dan mekar dalam kotak pemikiran mereka kerana apa yang paling dirisaukan ialah duit. Jika khilafah yang akan menjalankan hukum syara' secara kaffah tertegak kembali, nescaya umat tidak lagi menjadikan duit sebagai sandaran bagi apa yang mereka kerjakan, melainkan redho Allah semata-mata. jadi memyelesaikan masalah hak cipta tapi kapitalism masih lagi dipegang erat dan dijunjung umpama melakukan perkara yang sia-sia. hanya Islam yang kaffah sebagai jalan keluarnya.

Sumber asal: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=127&thread_id=22345&pid=372166

Monday, March 8, 2010

mahu memiliki blog sendiri?


Apa itu Blog ?
Blog ( singkatan dari Weblog) adalah sesuatu yang bersifat peribadi, iaitu lebih kepada diari dari pembina blog itu sendiri.

Blog dibina oleh designer blog agar mudah untuk diselanggara , jadi bagi anda yang masih kurang faham dengan bahasa pengaturcaraan untuk membuat sebuah blog, kini ianya tidak lagi menjadi masalah. Apabila anda sudah boleh membuat sebuah account gmail di internet, maka dalam membuat blog pun ianya adalah mudah.

Cara membina blog
Seperti halnya e-mail, dalam membuat blog pun kita harus mempunyai sebuah account terlebih dahulu, oleh kerana itu sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di free blog provider (penyedia hosting/domain blog gratis). Free blog provider banyak terdapat di internet dan yang popular saat ini adalah http://www.blogger.com, http://www.wordpress.com serta http://blogsome.com.

Setelah anda sudah mendaftar akaun di blogger.com, anda akan melihat gambar seperti gambar di atas. Perkara yang perlu anda lakukan ialah:

1. Klik tanda anak panah yang bertuliskan " CREATE A BLOG "
2. Daftar akaun blogger dengan alamat gmail anda.
3. Isi Blog Title dengan nama yang ingin anda tampilkan. Sebagai contoh, bina blog mudah dengan blogspot.
4.Tulis alamat blog anda di ruangan Blog Adress (URL). Sebagai contoh, maribinablog.blogspot.com.
5. Isi dibahagian Word Verification dengan huruf yang diberi didalam gambar.
6. Seterusnya klik Continue.
7. Pilihlah template yang anda inginkan. Kemudian klik gambar anak panah yang bertuliskan Continue.
8. Setelah keluar tulisan Start Blogging, klik gambar tersebut. Anda kini sudah boleh mula menulis. Setelas selesai menulis, klik Publish Post.

Isi ( Content ) blog :

Bagi mereka yang baru mula membina blog, biasanya mereka keliru selepas mendaftarkan blog mereka. Apa yang harus di isi( diposting ) dalam sebuah blog. Isi ( content ) dari sebuah blog tentu saja terserah kepada pemilik blog itu sendiri, apakah yang mahu ditulis, perjalan hidup, teknik, ataupun apa saja. Di sini saya menyarankan, isilah blog anda dengan minat ataupun perjalanan/kisah hidup anda setiap hari kerana ramai pembaca blog yang berminat tentang kisah kehidupan seharian (ianya seperti diari), sehingga mereka akan tertarik untuk membaca tulisan-tulisan anda.

sumber asal: http://maribinablog.blogspot.com/

Saturday, March 6, 2010

khasiat dedaun ubati diabetes


sebenarnya entry ni saya ambil terus daripada entry asalnya di blog A DIFFERENT PERSPECTIVE kepunyaan kat G. saya rasa rugi jika tidak disebarkan maklumat ini dan percaya ianya bagus utk semua terutamanya adult learners. selain tu, saya copy kan di sini supaya senang dijadikan rujukan peribadi. Terima kasih banyak2 kak G.

Thursday, March 4, 2010

beberapa strategi pembelajaran


Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid padamasa depan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individumempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Tuesday, March 2, 2010

Belajar cara belajar...


Belajar cara belajar bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2001).
Belajar cara belajar lebih menekankan usaha pelajar sendiri untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelajar perlu menentukan halatuju sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada, kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.

Bagi menjayakan pembelajaran tersebut, pelajar perlu berperanan sebagai,

1. Mempunyai satu strategi pembelajaran yang berkesan
2. Mempunyai motivasi kendiri yang jitu bagi meneruskan pembelajaran
3. Mempunyai satu matlamat yang jelas dan dirasakan dapat dicapai
4. Melakukan semua perkara sepertimana yang telah dirancang
5. Mempunyai satu rekod pencapaian kendiri bagi analisis diri
6. Merefleksi diri sendiri
7. Berbangga dengan diri sendiri atas kejayaan yang dicapai.

Setelah pelajar telah berjaya melakukan semua peranan tersebut, mereka perlu mengetahui cara bagaimana untuk mencapai semua itu. Cara-cara tersebut adalah melalui,

1. Mendengar secara berkesan.
Semasa sesi pembelajaran, pelajar perlu mendengar dengan penuh konsentrasi. Guru memberi semua maklumat penting. Ayat atau perkataan yang sering diulang memberi maksud fakta atau perkara Itu penting.

2. Membaca secara berkesan.
Ini boleh dicapai melalui kaedah membaca yang betul. Kaedah yang perlu dipelajari ialah luncuran, imbasan, intensif dan laju.

3. Mencatat nota secara berkesan.
Pelajar perlu mempelajari cara mencatat nota penting. Bukan menyalin nota. Nota panjang tidak memberi apa-apa makna jika pelajar gagal mengingat apa yang mereka tulis. Nota pendek dan berkesan memberi seribu makna kepada anda. Nota perlu diberi nafas baru. Kaedah KBKK dan warna dapat menarik perhatian anda untuk terus membaca dan mengingat.

4. Menulis secara berkesan.
Pelajar digalakkan menulis perkara-perkara yang penting sahaja. Menulis akan menjadi sia-sia apabila nota panjang menjela tidak memberi apa-apa makna kepada diri anda.

5. Mengingat secara berkesan.
Pelajar perlu mempelajari cara mengingat yang betul. Dengan kaedah menulis, mencatat dan mengintrepasikan nota dalam bentuk menarik, menjadikan maklumat dipelajari mudah diingat. Ingatan memori yang berpanjangan dan berkekalan memudahkan anda mencapai markah yang baik dalam peperiksaan.

Kaedah pembelajaran ini berasaskan strategi pemusatan pelajar dan merangkumi bidang kognitif, psikomotor dan efektif. Strategi pemusatan pelajar memerlukan pelajar memainkan peranan penting dan guru sebagai pembimbing. Komunikasi antara guru dan pelajar adalah secara dua hala, pelajar digalakkan memberi pendapat, mementingkan kaedah berkumpulan dan pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Sumber: http://sifoosidee.blogspot.com

Monday, March 1, 2010

Kesan Jangka Masa Tidur Kepada Mental



Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD

ADA orang tidur lama dan ada orang tidur sekejap. Antara mereka ini ada yang rajin dan produktif, tetapi tidak kurang juga sebaliknya — malas serta tidak tidak produktif.

Adakah jangka masa tidur boleh menentukan kerajinan dan produktiviti seseorang? Jawapannya ya dan tidak.

Ini bermaksud terpulang kepada individu berkenaan — berapa umurnya, apakah tabiat dan jadual tidurnya, apa dilakukan sepanjang hari dan bagaimana pemakanannya.

Ada pemimpin negara maju dan ilmuan yang berwibawa, hanya tidur lebih kurang lima jam saja setiap hari, tetapi sangat produktif dan cemerlang dalam kerjaya mereka.

Ada juga makluman bahawa mereka yang tidur terlalu lama mempunyai risiko tinggi dilanda pelbagai penyakit, terutama gangguan kardiovaskular seperti strok dan kanser, jika dibanding dengan yang tidur sekejap.

Makluman ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang kurang tidur terdedah pada risiko badan menjadi gemuk dan penyakit kencing manis.

Oleh itu, kita turut menjadi keliru, apakah jangka masa tidur yang baik dan bagaimana untuk mendapat tidur berkualiti supaya kita boleh mengelakkan pelbagai gangguan kesihatan mental dan fizikal.

Apabila dibicarakan mengenai jumlah jam seseorang itu harus tidur, ia satu dimensi saja. Maksudnya, ada orang hanya perlu tidur sekejap tetapi mampu membuat sesuatu yang produktif dan ada juga yang perlu tidur lama, namun mereka juga boleh menghasilkan kerja bermutu.

Oleh itu, jumlah jam diperlukan seseorang untuk mendapat kepuasan tidur adalah berbeza. Kepuasan dan keselesaan tidur subjektif, hanya individu berkenaan dapat memberitahu sama ada dia mendapat jumlah jam untuk tidur dengan sempurna atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami insomnia, iaitu gangguan tidur (mereka berasa tidak selesa apabila bangun pagi) kerap memaklumkan mereka tidak mendapat jumlah jam secukupnya untuk tidur.

Namun, apabila diuji di makmal tidur, jumlah jam tidur mereka didapati lebih daripada dinyatakan. Ini bermaksud mereka yang mengalami insomnia kerap membuat anggapan rendah mengenai jumlah jam tidur mereka.

Berbalik pada isu tidur lama dan tidur sekejap. Yang dimaksudkan tidur lama adalah tidur melebihi sembilan jam pada waktu malam, manakala tidur yang kurang daripada enam jam dikatakan tidur sekejap.

Secara puratanya, kedua-dua angka ini adalah untuk golongan dewasa kerana kanak-kanak dan warga tua memerlukan jumlah waktu tidur berbeza.

Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama, manakala warga tua hanya memerlukan jangka masa tidur yang sedikit.

Ritma tidur bayi dan kanak-kanak berkait rapat dengan rembesan hormon pertumbuhan. Ritma tidur warga tua pula berkait rapat dengan sindrom fasa tidur atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘advanced sleep phase syndrome’.

Seperti kita semua maklum, kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual. Oleh itu setiap orang akan menunjukkan reaksi dan tindak balas berbeza dari semasa ke semasa apabila ditanya mengenai kualiti tidur.

Sistem saraf

Namun, yang penting adalah tindak balas subjektif individu berkenaan. Jika dia berasa selesa dengan jumlah jam yang dia dapat tidur, dia seharusnya tidak perlu bimbang dengan status kesihatannya.

Andainya dia ingin ubah corak dan tabiat tidurnya, dia akan mengalami beberapa perubahan dalam rentak kitaran tidurnya untuk sementara waktu kerana sistem sarafnya perlu membuat penyesuaian.

Ini ada kaitan dengan kajian yang menunjukkan mereka yang sengaja dikurangkan jumlah tidurnya didapati mengalami peningkatan keletihan. Selain itu, ada juga perubahan molekular yang menyebabkan perubahan pada gen, peningkatan kortisol, aktiviti di lobes frontal meningkat, daya kognitif menurun serta ada perubahan struktur pada hipotalamus.

Semua ini menunjukkan jika seseorang cuba ubah ritma tidurnya, sama ada untuk menambah atau untuk mengurang jumlah jam tidurnya, dia pasti mengalami perubahan dalam sistem sarafnya untuk sementara waktu kerana sistem itu akan membuat penyesuaian sewajarnya.

Dalam kajian yang dibuat di sini, didapati ramai orang berpendapat mereka memerlukan antara tujuh dan lapan jam untuk tidur secara selesa setiap malam.

Namun, bagi yang mengalami gangguan kesihatan fizikal seperti kegagalan jantung dan ginjal atau gangguan mental seperti keresahan dan kemurungan, mereka kerap menyatakan kurang tidur (daripada jumlah jam dinyatakan). Ada juga yang berkata mereka tidur lebih lama daripada itu.

Walau apapun masa tidur dialami, perkara yang penting adalah perasaan individu itu terhadap dirinya. Jika seseorang itu mengantuk, lebih baik dia tidur daripada cuba melawan perasaan mengantuknya. Ini kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

Perasaan mengantuk bukan tanda malas. Individu yang produktif dan sihat daripada aspek fizikal dan mental sesungguhnya mahir mengendalikan masanya dengan teratur.

Dia tahu jumlah jam yang dia perlu tidur, bila dia perlu masuk ke kamar tidur untuk berehat dan bila perlu bangun serta berkerja untuk mencari nafkah.

Individu ini prihatin terhadap pemakanan yang diperlukan, tahu mengenai kebaikan makanan seimbang, membabitkan diri dengan riadah dan menjauhi perkara yang boleh mengganggu-gugat kesihatan dan keselamatan dirinya.

Oleh itu, bukan jumlah jam tidur semata-mata yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit. Yang lebih penting adalah perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri bahawa dia sudah membuat sesuatu yang produktif dan berjaya dalam kerjaya dan tanggungjawabnya.

Ini bermaksud kualiti dan kuantiti tidur adalah satu fenomena istimewa, ia boleh menjadi satu isyarat kepada kita, sama ada kita hidup selesa atau sebaliknya.

Justeru, pembaca tidak perlu tergesa-gesa membuat perubahan secara mendadak terhadap tabiat tidur mereka hanya dengan membaca hasil kajian kerana mereka harus lihat secara keseluruhannya mengenai faedah atau kesan sampingan yang boleh berlaku mengenai jangka masa tidur lama atau sekejap.

Mudah-mudahan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang kita ada, kita boleh mempertingkatkan lagi kualiti hidup kita.


sumber: http://intim.wordpress.com/2008/11/29/kesan-jangka-masa-tidur-kepada-mental/