Sunday, January 31, 2010

meh release tension...

sebulan dua dulu saya terima forwarded emel dari anak sedara saya (akzam design). atas sebab2 tertentu, hari ni saya teringat smula emel beliau tu & teringin berkongsi dengan kengkawan. utk bersikap adil, saya kekalkan 100% kandungan emel tersebut:

"kawan aku upah buat wiring kipas di rumah baru dia.............. wire man yang dihantar adalah specialist dari bangladesh.... nah tengok sendiri.


mung pikir lah sendiri ...."

Friday, January 29, 2010

ada diabetes?

sugar tester


tablet splitter/ pembelah ubat


dah siap potong isi dlm kotak tu, senang nk buat bekal ke mana2.

haa... kalu perlu, ini pun elok la ada (check tekanan darah)

ini la ubat yg paling mujarab!!!!!!!!
ngeh, ngeh, ngeh...

ini adalah beberapa barangan yang anda 'WAJIB' ada untuk mengawal kandungan gula di dalam darah anda selain dari rawatan ubat2an, senaman dan diet.

bergantung kepada individu tetapi antara masalah2 utama diabetic ialah:

rasa lesu & mengantuk.
moody.
kerap kencing malam.
lenguh2 kaki tangan & badan.
parut atau bintik2 hitam kat kaki, pergelangan leher, bawah ketiak & celah kelangkang.
lemah tenaga batin.
gatal2 terutama di sekitar kemaluan.
sakit badan.
kepenatan.
haus.
pening.
mudah lebam.
rabun.
berisiko besar mendapat darah tinggi.
berisiko besar mendapat penyakit jantung.
berisiko besar menghidap penyakit buah pinggang.
berisiko menghadapi strok.
hipo (terlampau kurang gula akibat diet yg tidak tepat)
depression.
insomnia.
sukar mengawal koordinasi fizikal dengan pantas. (ketika paras gula semakin tinggi)
keliru @ bingung. (ketika paras gula semakin tinggi)
keinginan tinggi terhadap manisan.
gangren (buruk kaki)
luka yang lambat sembuh.
turun berat badan secara mendadak.
gusi rosak.
ada banyak lagi la...

positifnya pulak:
kita tau kita dh dekat nak kojol, ubah la perangai..
kita lebih alert tentang kesihatan, jadi insyaAllah kesihatan secara keseluruhan lebih memuaskan.
kita masih mampu mengawal penyakit kita.
kita dapat menikmati 'masa2 emas' kita sebelum kiok! (takut ke? alaa.. ajal maut ditangan Allah. yg sihat pun bersepah yang mati dulu) yg penting ikhtiar!
kadang2 jgn pelik kalau kita tengok kawan2 yg ada diabetis mudah hot tempered & sensitive. puncanya dia rasa tidak larat... fahami la mereka.

kepada diabetic, jangan lupa makan ubat. nanti orang akan kata begini: “petang semalam aku tengok dia sihat... je, tetiba hari ni mc pulak, biar betul...” atau: “eh, pagi tadi mc, petang ni aku tengok dia ada jogging kat taman. kalau xsihat, xkan dia gi jogging...” biasa kan?
jadi kawal la kandungan gula di dalam badan anda!

Saturday, January 23, 2010

apa, tayar pancit? biase la tu...

betul ke biase ni…. meh baca criter saya ni dulu:

tayar yg buat hal tu..

pagi tadi saya tengok tayar depan sebelah kanan kereta saya kempis. check betul2, nampak 1 skru mata bunga terlekat kat tayar tu. nasib baik tayar tubeless, kalau tak, naya la saya tukar tayar spare sebelum hantar tampal kat kedai tayar. pelan2 saya drive ke kedai tayar paling hampir. masa tu kami skeluarga nak pergi ke rumah adik di kat temerloh jaya. dia org ajak makan tengahari.


menunggu pemasangan semula.

nk tampal tayar tu mudah aje. bukak tayar, carik tempat bocor, buang paku/ skru yg buat hal tu, cucuk dgn ‘jarum’ yg ada getah penampal kat tempat bocor tu, pam semula, dah siap.. xlama pun & kena bayar rm5 je. sebenarnya saya xbrape percaya berurusan dgn taukey kedai tayar tu, letak harga suka hati dia je. ada masa rm5, ada masa rm10, pernah kena rm15 tapi dh terdesak, datang jugak la.

teringat saya peristiwa semasa beli batu putih kat florist baru2 ni. hari ni dtg dia kasi harga rm1.80 sekilo, hari esok rm1.20 je, lusa pulak dah rm2 jadinya. kurang asam betul. kekadang tu saya sengaja je tanya harga utk test dia org. kalu saya tau je menipu, mmg saya komplen. tapi puak tu mcm2 alasannya, muka tebal betul… maklum la dia xde dosa pahala, cuma tau nilai bagus dgn xbagus je.

haa... yang panjang tu la dia punya 'lock'. ntahape ke nama sebenarnya saya xingat!

balik criter pasal tayar pancit tadi. point yg nk saya smpaikan ni ialah, kalu gatal2 tangan tukar rim tayar standard ke saiz besar, mmg dpt penyakit la jwbnya. biasanya rim besar ni disertakan ‘lock’ khas utk safety. kunun2 supaya org payah nak curi. eleh, kalu stakat nk curik, pasang bom pun org amik jugak.

bila pekerja kedai tu tanya, “mana lock tayar?” saya kelam kabut carik. mmg saya betul2 lupa. terkial2, 1 family tolong carik, akhirnya baru la dapat. saya mmg pasti ada kat dlm kereta tapi xtau kat mana. saya ingat benar beberapa org kawan mngaku dah terkena macam saya ni. bila pancit dlm perjalanan, long distance pulak tu, nak bukak je tayar, ‘lock’ tertinggal kat rumah… pergghhh… siksa!

pengajarannya jgn gatal2 letak ‘lock’ rim tu kat tempat lain slain bersama2 dengan basic emergency tool yg sedia ada kat dalam kereta tu. paling bagus, pakai je lah rim standard. saya pakai rim besar sikit tu sbb kunun2 utk refresh mood. dari tukar kereta, baik tukar rim aje.. .. hihihi!

sesaje...


saya rasa rugi jika emel yg ustaz rusli hassan antar kpd saya ini tidak saya publishkn utk dkongsi bersama kengkawan bloggers. TQ ustaz rusli.

seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. ia duduk menghadap anak muridnya.. di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. guru itu berkata, 'saya ada satu permainan... . caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'pemadam!'

anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'baik sekarang perhatikan. jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'kapur!'. dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. selang beberapa saat, permainan berhenti.

guru tersenyum kepada anak muridnya. 'murid-murid, begitulah kita umat islam. mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. kita begitu jelas membezakannya. namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah / hukum islam dari masa ke semasa.

'keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah & tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. semuanya sudah terbalik. dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan, faham?' tanya guru kepada anak muridnya.

'baik untuk permainan kedua...' gurunya meneruskannya. ..... 'cikgu ada qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. sekarang anda berdiri di luar karpet. permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?'

murid-muridnya berfikir. ada yang mencuba dengan tongkat dan sebagainya. akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil qur'an. ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet..

'murid-murid, begitulah umat islam dengan musuhnya. .... musuh islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. orang biasa pun tak akan rela kalau islam dihina di hadapan mereka. tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur sehingga kita tidak sedar.

'jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. begitulah islam. jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat. sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....'

'begitulah musuh-musuh islam menghancurkan kita. ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran islam dan mengikuti cara mereka... dan itulah yang mereka inginkan. ini semua adalah fenomena ghazwul fikri (perang pemikiran). dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '

'kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang islam, misalnya perang salib, perang tartar, dan lain-lain. tapi sekarang tidak lagi. begitulah islam... kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

umat islam semakin mudah dibeli dengan wang ringgit, dilalaikan dengan keindahan dan memuja keseronokan hidup, hingga hilang maruah dan harga diri! justeru, marilah, kita betulkan apa yg termampu bersama2..usah hanya bila segalanya sudah terjadi, sama seperti saudara kita di negara2 lainnya, baru kesedaran itu timbul, mungkin masih belum terlambat tapi kita sudah terlewat utk merubah dan membaiki kerosakan yg dialami.

Friday, January 22, 2010

APA format..


ada kengkawan yg masih confused & bertanya kepada kami apa itu APA format. nak criter pun panjang, jadi kami sertakan gambar dan sila klik gambar utk mendapatkan maklumat details. semoga dapat membantu. TQ

Tuesday, January 19, 2010

meh sesama fikir2kan...

saya menerima emel ini dari sahabat saya, ustaz rusli hassan. kata org gambar mampu menandingi beribu-ribu bahasa. saya yakin ramai di kalangan kengkawan telah menerima emel yang menyertakan gambar ini tetapi saya rasa terpanggil utk turut sama berkongsinya bersama kengkawan kat blog pulak. agak2nye apa akan terjadi jika suatu hari nanti anak2 kita sentiasa melihat atau mendengar perkataan sebegini dalam kehidupan seharian mereka? cuba fikir betul2, apa tujuan 'mereka' mahukan hak untuk menggunakan kalimah ALLAH ini & apa kesan jangka panjangnya nya kpd generasi kita? jgn lupa, d malaysia sendiri sudah ada bangunan2 sebegini yg menggunakan kalimah ALLAH. atas rasa tanggungjawab, saya masukkan entry ini ke dalam kedua2 blog saya. walau bagaimana pun, saya sertakn link berikut utk menyokong kematangan bfikir secara yg analytical. sila klik sini. TQ



TUGASAN PROGRAM BACELOR PJJ UPM

  1. Sila gunakan format di sini untuk Muka Hadapan Tugasan Pelajar
  2. Cetak Muka Hadapan Tugasan ini daripada simpanan anda.
  3. Isikan butir-butir yang diperlukan dan kepilkan Muka Hadapan Tugasan Pelajar bersama-sama tugasan anda.
  4. Muka Hadapan Tugasan Pelajar ini boleh digunakan untuk semua tugasan anda.
  5. Fail-fail tugasan mesti dibuka menggunakan perisian Adobe Reader, sekiranya tuan/puan tidak mempunyai perisian ini, sila klik di sini untuk muat turun perisian ini dan install di komputer tuan/puan.
  6. Tugasan perlu dibinding menggunakan tape binding sahaja dan bukan comb binding.
  7. Semua penghantaran tugasan mestilah melalui Pusat Pembelajaran masing-masing.
  8. Panduan untuk E-Learning, sila klik di sini.
  9. Panduan untuk Kelas Maya, sila klik di sini.
  10. PERHATIAN: Semua tugasan pelajar program bachelor Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) perlu sampai ke Pusat Pendidikan Luar(PPL) UPM, 14 hari sebelum tarikh peperiksaan akhir pada 15 april 2010 bagi semester kedua 2009/2010

sumber: http://www.ppl.upm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=169

Wednesday, January 13, 2010

masak bubur asyura ke..?

bubur asyura yg siap dpotong..

saje la nk ajak bfikir...
smpena 10 muharam yg lepas, smpai skang msih byk surau & bdn2 tertentu yg mnganjurkn g/royong memasak bubur asyura. kengkawan cmne, sibuk masak juga ke? kita slalu ikut org masak asyura ni sejak kecil, kn? apa hukumnya ye, wajib, harus, sunat, bid'ah? bkn apa, kekadang bila ssuatu pbuatan dh jdi tradisi, kita tlupa nk carik sumbernya. kami xmoh buat ketetapan, biar la kengkawan renung2kn sniri supaya dpt mrangsang otak kita bfikir. d sini kami sediakn beberapa link utk renungan kengkawan. utk keadilan, kami pilih link yg 'dterima umum'. buat la penilaian sendiri, kalu xpasti, seelok2nya btanya la pada yg lebih arif. utk dptkn lebih mklumat, kengkawan boleh cari sendiri & dialu2knh kongsi pendapat kat ruangan comment. kengkawan boleh sertakn apa jua hujah atau link rujukan yg mnyokong pendapat kengkawan tu sbg bukti. ingat ye, kami xterlibat menetapkn kputusn. kami nk tau respon kengkawan. xmoh respon pun xpe, stidak2nya objektif kami utk ajak kengkawan bfikir tcapai. TQ

link 1 USIM
link 2 Jakim
link 3 Islam GRID
link 4 Blog Ibnu Muslim

Sunday, January 10, 2010

TEMUDUGA TERBUKA!!!

saya mendapat emel ini dari slh seorang kawan adult learner kita, ustaz rusli hassan. kepada yang belum tau, meh kita kongsi. yang dah pernah terima emel bgini, anggap la sbagai peringatan smula. jazakallah & TQ ustaz rusli




SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah.

Saturday, January 9, 2010

kengkawan gelisah??

gelisah ke?? xyah la... wat tambah memeningkan kpala je! meh baca ni...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

sumber: http://raudhatulukhuwwah.blogspot.com/

Friday, January 8, 2010

berkompromi dgn pnyakit...


meh borak2 psl sakit. boring ke? ala... jgn la... sbb bila sembang pasal sakit pening ni sebenarnya boleh meningkatkn keprihatinan kita utk mjaga ksihatan diri. khas kpd kengkawan adult learners, nama pun adult kan, maksudnya dah berumur la sikit, kn?. tmbahan lagi kalu dh brumur 40an ke atas. umur tu dh mula brisiko bsr menghadapi pnyakit2 kronik spt diabetes, high blood pressure & heart attack. kdg2 blum umur 40an pun dh mcm2 pnyakit & ujian yg ALLAH berikan. saya bukan la nk bmaksud nk mnunjuk pandai ttg pkara d luar bidang tetapi anggap la skadar bkongsi pngalamn. stiap ujian ada hikmah2-Nya & Dia xpnh zalim kpd kita. saya sendiri adalah seorang diabetic & smua pandangan yg akan dberikn adalah mlalui pgalamn pribadi & pembacaan smata2.

saya tgerak hati nk tulis ni sbb 'org2 kita' ni kalu sakit, slalu sgt berikhtiar & brubat bcampur aduk dgn mcm2 petua & kpercayaan tertntu yg btentangan dgn prinsip yg saya pcaya. siapa yg btul, kengkawan yg tentukn... terpulang nk trime atau nk abaikn.

byk org kata pnyakit ni dtg mcm ribut, pegi mcm semut? btul ke? saya pcaya bila doc kata, pnyakit dtg mcm semut, nk pegi pun mcm semut. kita sakit kerana apa yg kita mkn & amalkn shingga akhirnya timbul la akibatnya. cthnya, kalu kita makan ikut slera, dtg la masalah obesity dan yg bkaitan. kita mmg xdpt tolak takdir tetapi stiap ssuatu ada sbb musababnyer, kn?

apa langkah2 yg saya ambil apabila mngetahui saya seorang diabetic?

1. bertenang. mksudnya jgn panik. amik masa utk memahami situasi, merancang tindakan & mngambil langkah2 sterusnya.

2. terima hakikat. maksudnya, akui kita sakit & akan bjuang slagi diizinkan. Dia yg mberikn, Dia yg mnyembuhkn. terima hakikat juga bahawa anda sndiri mmg ada mlakukn byk pkara yg mnjadi punca dtimpa pnyakit tsebut. cthnya saya, saya mmg akui saya cuai mjaga pmakanan, mengabaikn ksihatan, tidak mngawal wktu tidur (insomnia) dan byk lagi pkara yg mjadi punca pnyakit diabetis. jgn paksa fizikal & biology kita. biarkan sahaja ianya mngikut fitrah! muda tua, hidup mati, sihat sakit. be realistic!

3. kenali penyakit. maksudnya dptkn mklumat mngenai pnyakit sbanyak mungkin mlalui pakar2 atau media. termasuk btanya kpd mereka yg sedang/ telah/ pernah menghidapi pnyakit2 bkenaan. (pada peringkat ini la kengkawan biasanya akan bjumpa dgn mcm2 petua & sgala mcm ubat yg dcadangkn) jika keadaan ini blaku, cuba bfikir scara saintifik. bukan nk suruh tolak smue tpi logik la.. mana ada ubat tua balik muda? jgn mmbazir masa, menganyam mimpi & wang kengkawan.

4. kenalpasti pluang. mksudnya sama ada pnyakit tsebut akan sembuh atau skadar dpt dkawal. patuhi btul2 nasihat doktor untuk mngawal pnyakit kengkawan trutama menu makanan & pngambilan ubat-ubatan.

5. think positive. mksudnya cari sgala kbaikan yg kengkawan boleh perolehi dari pristiwa ini spt kengkawan bpluang mngelakkn strok sbb dpt mngawal pnyakit mngikut panduan doktor, pluang utk mngubah budaya hidup, bpluang mndapat tanda2 kiamat kecil (mati). cuba bygkn org yg xtau dia ada pnyakit jantung, xtrasa dirinya tua, xmngubah cara hidupnya tetiba mati strok smasa mnari kat dangdut, nauzubilllah...

6. tukarkan yg negative kpd scara positive, mksudnya cuba kenali mereka yg lebih kronik pnyakitnya tetapi sgt positive, tabah, mnikmati khidupn bsama kluarga & tidak mnyisihkn diri.

7. jauhi stress. mksudnya jgn fikir bkn2 mlayan prasaan. mngikut pmbacaan saya, hampir ksemua jnis pnyakit ada kaitannya dengan stress. dah la sakit, stress pulak lagi, perghh....!

8. enjoy masa2 emas anda bsama kluarga & teman2 terapat. mksudnya jgn hukum mereka smata2 mereka tidak sakit sperti anda & cuba la bdikari.

9. bersenam. mksudnya cuba la bersenam mngikut skadar yg tmampu tetapi scara consistent. kalu stakat larat bjalan, bjalan shj la. amalkan cara hidup yg sihat.

8. berdoa & rapatkn diri dgn yang maha esa. mksudnya... lagi mau criter ka? patutnya nii la yg paling atas.


itu saja la. tpulang kepada pandangan masing2. scara peribadi & scara jujurnya diabetes yg saya hadapi lebih BANYAK mnambahkn kbaikan kpd saya bbanding kburukan. saya rasa 'lebih sihat' dari sbelumnya & saya prihatin ttg ksihatan kami kluarga. daa...!

Thursday, January 7, 2010

secret love calculator!


@ssalamulaikum & slm sejahtera.
eee... seriusnyer muka. meh rileks jap, kita gurau2. kalu nk join gurau ni, klik sini eh! kalu ada yg dh tau, syhhh... duk diam2, jgn citer kat owang!.

Wednesday, January 6, 2010

simpang 3 jalan triang & bukit angin..

gambar ni diambil smase kami dlm keter, nk balik umh.




haa... yg ni gambar tkini simpang jln tloh - triang. kalu trus, hala ke triang & bahau. kalu ke kanan menghala ke tmn awam kubang gajah (TAKG) & bulatan bukit angin & bandar temerloh. kat atas, jmbtn tloh, jln kuantan - KL. ke kiri? masuk sungai phg ler... tapi ada gerai tomyam tepi tu :) ada la pegi rase dia punya tom yam dlm buah kelapa muda skali. pastu, dh malas nk pegi.. dh tua2 ni slera memilih sikit. kalu tokey gerai ni baca, marah kat aku ni. mtk maaf tuan tokey tomyam ye!

bekas tapak pasar tloh...

kepada kengkawan d prantauan, ini la dia gambar terkini bekas tapak pasar tloh.


gambar jalan ( jln sudirman brape ntah) bersebelahan balai polis, tloh. balai polis sbelah kanan.

yang ni tapak lama psr tloh. pasar baru dh pindah jauh ke blakang. ada mse nanti kami update kn.

ini gambar sbelah blakang maybank (cermin hitam) stentang dgn KFC tloh. bangunan kaler kuning kat blakang tu ialah stesen bas ekspres dan teksi. kat atsnyer 'the store' tloh

Tuesday, January 5, 2010

diabetes

bagaimana jika smpai ke tahap ini?

kalu belum berapa jelas, mungkin rencana boleh mmbantu kengkawan utk memahami penyakit diabetes. sila klik . TQ

adab khilaf ulamak dlm hukum fiqh..

sesaja nk share & kalu bminat nk tambah mklumat, sila la klik
TQ

Monday, January 4, 2010

hukum kongsi raye...


panjang sikit artikel ni. kalu kami cuma kasi link, ramai lak yg xmoh klik. jadi rasanyer elok kami kopi pes kn utk kengkawan baca. isunyer dh lama tpi sesaja je nk kongsi dgn kengkawan.. sama2 fikir, apa salahnyer kn..

HUKUM KONGSI RAYA
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia di mana ‘rumah terbuka’ menjadi salah satu acara yang mewarnai kemeriahan Syawal, dari awal bulan sampailah ke penghujungnya. Apa yang menjadikan Syawal ‘luar biasa’ di Malaysia ini adalah fenomena yang muncul semenjak terjadinya tarikh perayaan serentak tiga kaum yang terbesar di negara ini. Akibat tindakan sang pemimpin, maka muncullah konsep kongsiraya yang tak pernah dikenal oleh umat Islam sebelum ini. Istilah gongxiraya dan deeparaya menjadi buah tutur masyarakat. Konsep ‘rumah terbuka Malaysia’ diperkenalkan secara besar-besaran di mana setiap kaum diseru meraikan perayaan bersama-sama.

Hasilnya, segelintir umat Islam mula menyambut dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain lagi bersama-sama. Kemalasan dan kejahilan umat Islam di dalam mengkaji dan memahami hukum syarak telah menyaksikan saban tahun mereka bercampur dengan golongan kuffar dalam meraikan kongsiraya. Toleransi dan perpaduan menjadi alasan utama golongan ini bagi menjustifikasikan perbuatan mereka. Sang pemerintah pula tidak habis-habis mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja dari umat Islam yang ‘menentang’ amalan kongsiraya ini, maka mereka akan termasuk ke dalam golongan ‘ekstremis agama’. Ternyata, fatwa hebat ini telah berjaya menakutkan sesetengah golongan rakyat manakala sesetengah golongan lagi menelannya bulat-bulat.

Keadaan semakin parah dan bertambah celaru apabila ada sejumlah ’ulama’ atau ’tokoh Islam’ yang turut terlibat di dalamnya, malah mereka ‘mensahkan’ sambutan kongsiraya tersebut dengan pelbagai dalil dan dalih yang telah disimpang-siurkan sedemikian rupa. Kebelakangan ini, parti politik Islam pun tidak terkecuali mengadakan majlis terbuka bagi meraikan perayaan tiga kaum/agama ini serentak, walhal dulu mereka menentang amalan ini habis-habisan kerana bertentangan dengan hukum syarak. Natijah dari semua ini, walaupun tarikh raya tiga kaum di Malaysia kini sudah tidak lagi sama, namun konsep ‘kongsiraya’ masih tetap di amalkan kerana kejahilan yang masih membelit umat Islam. Yang lebih memualkan, ia di adakan bukan atas dasar kejahilan, namun untuk meraih maslahat politik (political milage) tertentu darinya. Halal dan haram sudah dicampak ke tepi oleh mereka dan maslahat politik telah menjadi satu-satunya tolok ukur. Nampaknya gagasan liberalisme dan pluralisme di bawah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri telah berjaya merasuk pemimpin parti Islam. Sautun Nahdhah kali ini akan mengungkap kepincangan dalam persepsi dan penerimaan kaum Muslimin terhadap perayaan dan upacara keagamaan kaum kuffar serta memberikan pandangan Islam dalam permasalahan ini. Semoga hidayah Allah tercurah ke atas mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar.

Hukum Meraikan Perayaan Kufur
Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa pun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT,

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [TMQ al-Furqan (25):72].

Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya). Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,

“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Dari ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201].

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235].

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan, “Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab, tindakan tersebut merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mereka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110].

Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah SAW, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi SAW bertanya:

"Apakah dua hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini.’ Sabda Nabi, ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." [ HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi].

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,

“Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah SWT akan turun kepada mereka pada hari itu.”

Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Ditegaskan sekali di sini bahawa melibatkan diri bermaksud melakukan apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan ‘perayaan’ orang kafir di sini bermaksud seluruh hari raya, perayaan hari suci
mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab.

Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam, bukannya mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam meraikan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].

Ruang Lingkup Ajaran Islam
Sesungguhnya ajaran Islam meliputi dua perkara penting dalam kehidupan, iaitu ajaran yang bersifat (i) ruhiyah (spiritual) dan ajaran yang bersifat (ii) siyasiyah (pengaturan urusan kehidupan). Ajaran yang bersifat ruhiyah dikaitkan dengan doktrin aqidah Islam itu sendiri serta aspek ibadah khusus, di samping ‘syiar’ Islam yang memiliki nilai ibadahnya sendiri seperti masjid, laungan azan, al-liwa’ (panji hitam bertulis kalimah tauhid) dan lain-lain lagi. Antara syiar Islam termasuklah perayaan kaum Muslimin seperti Idul Fitri dan Idul Adha. Sejak dulu, syiar Islam ini tidak pernah digabungkan dengan syiar kufur kerana umat Islam faham bahawa hak dan batil haram untuk dicampurkan. Namun kebelakangan ini apabila konsep ‘liberalisasi’ diterapkan ke atas umat Islam, ia berjaya mengubah persepsi secara total hinggakan tiada lagi sempadan yang membezakan soal halal dan haram atau iman dan kufur. Ledakan liberalisasi begitu kuat menerpa umat sehinggakan ‘syiar’ Islam yang berupa Idul Fitri dan Idul Adha telah digabungkan dengan syiar (perayaan) kufur oleh segelintir kaum Muslimin. Walhal Allah SWT dengan jelas berFirman,

“Katakanlah kepada orang kafir...bagimu agamamu, dan bagiku agamaku” [TMQ Al-Kafirun (109): 6].

Nas ini, dan beberapa nas yang lain yang telah dijelaskan menunjukkan perbezaan akidah di antara orang-orang Islam dan kafir dan langsung tidak ada ‘gabungan’ dalam masalah agama. Agama kita benar dan agama mereka sesat lagi salah dan bakal menghumban mereka ke neraka Jahanam. Inilah hakikatnya. Islam tidak akan sekali-kali berkompromi dengan kuffar dalam soal aqidah dan syariah biarpun dibenci oleh orang-orang kafir, munafik mahupun musyrik!

Ruang lingkup ajaran Islam yang kedua adalah bersifat siyasiyah/politik (mengatur urusan kehidupan) bagi setiap manusia. Allah telah menurunkan peraturan yang lengkap meliputi tatacara hubungan individu dengan dirinya sendiri seperti masalah berpakaian, makanan dan juga akhlak. Manakala terhadap orang-orang non-Muslim, dalam hal makanan, minuman dan pakaian, Islam membenarkan mereka berbuat sesuai dengan agama mereka, namun dalam batas yang diperbolehkan hukum syarak ke atas mereka. Selain merincikan hukum untuk mengatur diri sendiri, Islam juga datang dalam bentuk yang sempurna untuk mengatur hubungan manusia dengan manusia yang lain (sama ada Muslim dengan Muslim atau Muslim dengan kafir) dalam dua aspek utama, muamalat dan uqubat. Dari keduanya, terbit sistem politik, pemerintahan, ekonomi, pergaulan (antara lelaki dan perempuan), pendidikan dan sebagainya. Aspek hubungan sesama manusia ini merupakan ruangan yang paling luas sekali yang dibincangkan sehingga para cendekiawan Islam meletakkan kedudukannya 90% dari ajaran Islam.

Dalam aspek mualamat, umat Islam dibolehkan berinteraksi atau bermuamalat dengan non-Muslim tanpa ada sekatan agama. Sebagai contoh, Rasulullah SAW sendiri pernah mengupah Abdullah bin Uraiqith yang masih musyrik dari Bani Dail untuk menjadi pemandu arah semasa Baginda berhijrah ke Mekah. Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang
pekedai Yahudi. Saidina Ali pernah berkata:

"Aku bekerja untuk seorang perempuan Yahudi dengan upah setiap timba air ditukar dengan sebutir kurma. Kemudian aku ceritakan hal itu kepada Rasulullah dan aku bawakan beberapa butir kurma lalu beliau pun memakan sebahagian kurma tersebut bersamaku." [HR. Al-Bukhari].

Malangnya, sebahagian umat Islam, malah termasuk golongan cendekiawan dan ulama sendiri ‘tidak membenarkan’ kaum Muslimin bermuamalat dengan non-Muslim. Boleh dikatakan saban hari kita mendengar rakan-rakan Muslim kita menegur, memarahi atau tidak berpuas hati apabila saudaranya membeli barangan daripada orang kafir. Malah ada yang mengemukakan nas untuk ‘mengharamkan’ perkara ini berdasarkan alasan bahawa kita wajib tolong-menolong sesama Muslim dan tidak boleh membantu orang kafir khususnya dari segi ekonomi. Alangkah anehnya dengan Muslim sebegini. Mereka menghalang orang lain, dan mereka sendiri juga tidak sanggup atau benci untuk membeli barang dari kedai orang kafir, dan mereka sering bersungut apabila rakan Muslim lainnya bermuamalat dengan orang kafir, namun dalam masa yang sama mereka sanggup pula, malah dengan muka yang begitu manis meraikan perayaan orang-orang kafir. Bahkan ada yang sanggup ‘menganjurkan’ perayaan untuk orang kafir. Perkara yang jelas halal (jual beli dengan orang kafir) mereka ‘haramkan’ manakala perkara yang jelas haram (meraikan perayaan orang kafir) mereka ‘halalkan’. Betapa jauhnya mereka terpesong dari kebenaran!

Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Jika kita menelusuri sejarah kegemilangan Islam yang panjang, orang-orang Islam dan kafir sesungguhnya telah hidup bersama dengan sejahtera dalam Daulah Khilafah. Ketika itu, orang-orang kafir menikmati hak mereka sepenuhnya dan mereka tunduk serta berterima kasih kepada Islam. Namun, umat Islam saat itu tidak pernah sekali-kali berkompromi dengan mengadakan sambutan perayaan bersama mereka (orang kafir) untuk mewujudkan kesejahteraan tersebut. Umat Islam benar-benar berpegang kepada hukum syarak dan mereka tidak pernah menggadaikan agama mereka untuk kemaslahatan duniawi sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam sekarang. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa ‘sambutan hari raya’ adalah terkait rapat dengan persoalan akidah dan syiar agama kita dan agama mereka. Sesungguhnya dalam hal ini Allah Azza wa Jalla telah mengajarkan kita untuk mengucapkan kepada mereka, “bagimu agamamu dan bagiku agamaku..”. Apakah ada perkataan lain yang lebih baik dari ini untuk diucapkan kepada orang-orang yang mengkufuri Allah?

Sumber asal:

http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1693-sn190-hukum-

gambar terkini SMA alkhairiah, temerloh..

ada d kalangan kengkawan yg pernah bsekolah d sma alkhairiah temerloh. khas utk mereka, kami attach kn gambar2 tkini.. barangkali dpt mengimbau nostalgia bsme kengkawan lama..


gambar bangunan baru d tapak pdg bola lama sma alkhairiah


gambar dari pintu pagar depan

gambar dari depan juga tapi sila perhatikan betul2, ada bangunan aspuri d sebelah kiri sekali


pintu/ jalan masuk utama


pemandangan dari kawasan dpn kedai2 kat batu 1, temerloh. bangunan sekolah dh hampir benar dgn j/raya @ stiap jln dh ada 2 link skang ni..

kek keju..

kek keju yang baru dkuarkan dari oven!

dulu2 sy minat sgt dgn kek keju tpi skang ni kena blajar control sbb dh ada diabetes. cmne pun sesekali sy tibai jgk, hihihi...

kali ni sy nk share resipi kek keju yg paling simple dgn kengkawan yg blum pnh mcuba. kalu blum pnh cube, cube la sbb modal xbesar. kalu nk beli kek keju ni mahal la sikit sdgkn buat sniri x susah manapun... gambar kek kat atas tu isteri sy buat. uihh.. sedap sgt! mklum la isteri yg buatkan. :D
resipi yg sy nk share ni sgt mudah bagi yg mls carik bhn mcm kami & ringkas. kalu nk buat jenis yg ada mcm2 accessories tu, kami xreti. kalu nk advance, kengkawan carik je resipi kat internet.. blambak2!
sy tulis bhn2 scara umum je la ya. mudah ckp, agk2 la scukup rase...

Bahan-bahan:
mentega
gula kastor
telur Gred A
keju cheddar, didadu sederhana besar
susu UHT
tepung gandum
baking powder

Cara-cara:
1. putar mentega dan gula kastor hingga bkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus putar hingga adunan kembang.
2. tambah kiub keju & gaul adunan hingga sbati.
3. satukn tepung bsama serbuk pnaik dan diayak. Komdian masukkn tepung selang seli dengan susu UHT hingga abis. gunakn speed perlahan & gaul rata2.
4. tuang adunn ke dlm loaf tin yang dh digris dgn mentega dan alas kertas pada dasarnye. Bakar dlm oven yg tlh dipanaskn
tlebih dulu pada suhu 175C slama 45 minit atau hingga masak.
5. kalu nk, buleh tabur keju cheddar parut kat atas adunn kek sblum bakar (kalu nak la....)

selamat mcube..!

Sunday, January 3, 2010

bangunan bazar mara...

kalu xslh, gitu la namanyer... tletak kat lurah semantan, xjauh dari stesen bas & teksi sangkut2. kalu xslh, dulu area org jual buah. maaf la x clear, gambo ni diambil dri dlm keter smbil2 drive. sebenarnyer kami xpnh naik pun bangunan ni. kat bwh tu pnh la pegi sbb ada pakistan jual buku2 agama.

tapak pekan sehari @ esplanade tloh

kali ni kami attach kn gambo2 terkini tapak pkn sehari & esplanade tloh.
gambo kuala semantan. masih ada sisa2 umh rakit. perhatikn kat seberang mghala ke bangau tanjung tu. dh ada bangunan (gerai mkn agknyer.. sbb kami pun lum bksempatn menengoknyer)



haaa... ini pmandangan bhgian bwh esplanade tloh dari umh peninjau berhampiran kwsn bot. pmandangan mghala ke jambatan tloh. nmpk jmbtn loh tu, kn? kwsn ni mudah banjir. air pasang je sikit, abis... sbb tu nmpk blumpur


pmandangan dari arh tapak pekan sehari menghala ke seberang tloh.


papan tanda TEMERLOH. lawa mmg lawa tpi praktikal ke..? agk2 kalu xde papan tanda ni, org xtau la ini tloh kut? bile mlm trg benderang area bhampiran dgn cahaya spotlight. xganggu ecosystem kat sungai tu? jgn marah ye, usik2 je.. msti byk budget ni!




masih berhampiran kwsn bot.. lupe nk amik gambo, kat sebelah kiri tu sbenarnyer dh dibina bangunan kedai/ gerai mkn yg tsusun. sbelah mlm area ni byk gerai dbuka ala2 midtown/ uptown d KL


ini lak laluan turun ke jeti bot. kat kg seberang sana tu la area umh buruk kami


jln turun ke tapak pkn sehari mlalui tepi masjid abu bakar tloh



jalan masuk ke tapak pkn sehari mlalui dpn stadium tloh

stadium tloh..

kali ini kami attachkn pulak gambo stadium tloh. tpi nmpk xbrape elok sikit la sbb musim ujan. ianya masih d tapak lme tpi telah d up gredkn. dulu2 dia curam ke bwh, skang cme rendah sikit je dari jlnraye.. enjoy it!


gambo dari atas bukit menghala ke tapak pekan sehari tloh.


bangunan persekutuan tloh..

spt yg djanjikn, khas utk sahabat2 kita dprantauan atau yg lme sgt xjengok tloh, bsme ini kami attachkn lgi beberapa keping gambor sbg mklumat atau pelepas rindu. gambo2 yg kami attach, kami utamakn yg blum smpai 10 tahun usia pmbinaannye. kali ni psl bangunan psekutuan tloh. kpd yg xtau katner ianya dbina, ianya terletak tepi simpang mghala ke sk bdr tloh, area dpn istana, sbaris dgn pejabat agama, perpustakaan & mahkamah tloh.





Saturday, January 2, 2010

same2 fikirkn...

assalamualaikum & slm sejahtera.
sahabat2 yg dsayangi. arini kami nk criter pjg sikit, terpulang la kepada saudara saudari nk fikirkn. mengingati mati & menziarahi kubur adalah sunat tanpa wktu2 trtentu tpi bagaimana situasinye jika kita jdikn ianya seolah2 wajib dlakukn d pagi hari raye. kdg2 masalah smakin kronik kalu mak ayah kita smpai trase hati kalu kita xgi ziarah kubur slps solat sunat eid'ul fitri/ adha. cmne ek? meh sme2 kita fikirkan. kalu nk bgi respon lgi cantik...

Tajuk:
tidak dsunatkn menziarahi kubur semasa hari raya.

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya, khususnya Eid'ul Fitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surah Yasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman ke kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengengkari pengkhususan Hari Raya dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. - Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm (53) : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama para ulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa mereka pernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dan di dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutny a iaitu firman Allah yang bermaksud:

Bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan, apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Eid'ul Fitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu 'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Eid'ul Fitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallalla hu 'alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. -


Rujukan & nukilan dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60.

p/s: mohon teguran jk ada ksalahan fakta