Friday, February 26, 2010

Telefon bimbit: Banyak fungsi yang kita tak tahu



Bagi yang dah tahu, kita refresh semula maklumat ini. Kepada yang belum tahu, atau tak tahu semua, sila dapatkan maklumat berikut:

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya :

DAIL NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.

Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.

Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Selamat mencuba!!


sumber: http://passembrong.blogspot.com/

Wednesday, February 24, 2010

suka masakan asam pedas? hehehehe... nyakat je!



Asam jawa kepala biawak
2010/02/24

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.
“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Asamjawakepalabiawak/Article

Tuesday, February 23, 2010

Langkah Menangani Stress.


Ditulis oleh Ustaz Muhammad Latiffi Mahadzir
Monday, 24 September 2007

Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti - aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi ini akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis

Menangis dengan sepenuh hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah - olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama - sama rakan - rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai Kebolehan Diri Sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.

Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Sumber: http://pusatislam.eng.usm.my

fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkan kanser


saya mendapat emel ini dari sahabat saya ustaz rusli bin hassan. (terima kasih ustaz rusli)

mungkin sesetengah daripada pembaca telahpun menerima emel atau mendapat maklumat ini. walau bagaimanapun, saya paste kan kembali emel beliau sebagai renungan kita bersama. sejauh mana kebenarannya, biar lah pakar kesihatan yang menentukan tetapi sebagai pengguna, tidak salah jika kita berhati2. TQ

produk pengguna dan makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

1. jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! apa bendanya karsinogen tu?
(ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah).
timun pula adalah anti-karsinogen.

2. jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin c !!. yang mana anda
akan mati keracunan arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "bah kut teh" (babi).
banyak orang cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. cuba tuangkan coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.fakta diperolehi dari "health corporation of singapore".

4. barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.balik rumah dan pergi
periksa. tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi sodium laureth sulfate atau ringkasnya sls. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. shampoo xxx herbal essence adalah satu-satunya yang mengandungi sodium laureth
sulfate secara tunggal.

meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".dalam pada itu, pasta xxx & dee dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor dari sbc (sekarang ni dikenali sebagai tcs).

beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. barahnya disebabkan wax dalam mee segera.doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. seorang lagi mangsa yang serupa ialah pramugara dari sia yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" kalau istilah james bond ==>licence to kill!

6. bawang goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Friday, February 19, 2010

Radiasi telefon punca sukar tidur?


LONDON: Kesan radiasi daripada telefon bimbit dikenal pasti sebagai punca masalah pemilik alat komunikasi itu untuk tidur nyenyak selain menyebabkan sakit kepala serta kekeliruan di kalangan remaja dan kanak-kanak yang menggunakannya.

Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.

Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan memerlukan tidur mencukupi, kata tinjauan itu.Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.

Kajian yang dijalankan saintis dari Institut Karolinska dan Universiti Uppsala di Sweden dan dari Universiti Wayne State di Michigan, Amerika Syarikat dilaporkan yang paling menyeluruh. Keputusan tinjauan itu diterbitkan oleh Simposium Penyelidikan Kemajuan dalam Elektromagnetik Institut Teknologi Massachusetts dan dibiaya oleh Mobile Manufacturers Forum, mewakili syarikat telefon bimbit utama.

Keputusan kajian menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pakar tidur, dengan salah seorang daripadanya berkata kini 'terdapat lebih daripada bukti kukuh' untuk menunjukkan radiasi 'menjejaskan seseorang daripada tidur lena.'Saintis mengkaji 35 lelaki dan 36 wanita berusia antara 18 dan 45 tahun.

Sebahagiannya didedahkan dengan radiasi yang benar-benar menyerupai apa diterima ketika menggunakan telefon bimbit manakala yang lainnya ditempatkan dalam keadaan sama tetapi diberikan pendedahan 'palsu' iaitu tidak kena radiasi langsung.

Sukarelawan yang menerima radiasi mengambil masa lebih lama memasuki tahap tidur lena pertama dan memperuntukkan masa kurang dalam tidur paling nyenyak. Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi 884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."

Bagaimanapun, Mobile Manufacturers Forum yang malu dengan hasil kajian meremehkan perkara itu dan menegaskan - berikutan pelbagai rumusan yang disiarkan - 'hasilnya tidak meyakinkan' dan 'penyelidik tidak mendakwa pendedahan menyebabkan tidur terganggu.'

Namun, Profesor Bengt Arnetz, yang mengetuai kajian berkata: "Kami memang menemui kesan dari telefon bimbit dari senario pendedahan yang realistik. Kajian menunjukkan ia memberi kesan ke atas otak."

Sumber: Berita Harian

10 Cara Membina Motivasi Diri


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda. Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan.

3. Senyum. Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif. Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi. Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang. Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas. Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru. Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah. Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Sumber: motivasi minda; membina jati diri gemilang (Dr.HM Tuah)

SOHO: yang paling penting ialah kembali kepada Islam. Wallahu a'lam.

bersentuhan antara suami isteri, batal wudhu atau tidak?

sesaja nak ajak kawan² berfikir... saya copy & paste kan keseluruhan entry ni dari blog
!!BUJANG SUSAH!!

بسم الله الرحمن الرحيم












Soalan:

Salam Ustaz, Saya ingin mengetahui tentang wuduk. Adakah batal wuduk itu bila bersentuhan antara suami & isteri. Ada yang berpendapat batal wuduk itu dan ada yang tidak batal.

Jawapan:

Dalam masaalah ini para ulama berbeza pendapat kepada 3 golongan:

1. Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termausk suami dan isteri) membatalkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

Dalilnya mazhab pertama antaranya:

i- Ayat al-Quran:

أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء

Maksudnya: “Atau kamu menyentuh wanita.” – maka kamu perlu mengambil wudhu.

2. Berpandangan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu samaada sentuh dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pandangan dalam mazhab Hanafi R.H.

Dalil mazhab kedua antaranya:

i. Hukum asal orang yang berwudhu adalah kekal wudhunya selama-mana tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wudhunya. Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan wudhu. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam ertikata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu terdapat hadith yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wudhu, dan hadith-hadith ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jima’ atau bersetubuh. Hadith-hadith tersebut ialah:
ii. Daripada ‘Aisyah R.’anha:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا

Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

iii. Daripada ‘Aisyah juga:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah R.A. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Para ulama dari mazhab al-Syafie mengemukan jawapan terhadap hadith ini. Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitulah mereka berpendapat barangkali sentuhan yang berlaku antara Nabi S.A.W. dan ‘Aisyah itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, sehingga al-Syaukani berkata: “Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan zahir (dalil).”

3. Berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu jika tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu. Ini adalah mazhab Malik dan Hambali.

Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada dalam masaalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: “Atau apabila kamu menyentuh wanita (kamu perlu berwudhu)” kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wudhu dengan hanya bersentuhan antara lalaki dan wanita, dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi dan ‘Aisyah, dan baginda tidak memperbaharui wudhu.

Sebahagian ulama, terutama yang berpendapat tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita berpendapat, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama mazhab Malik dan Hambali ini benar jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit. Akan tetapi terdapat penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jima’ atau bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini sepert yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas R.A. dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn ‘Abbas ini didahulukan berbanding penafsiran lain, kerana Nabi S.A.W. pernah berdoa kepada Ibn ‘Abbas dengan doa baginda yang berbunyi:

اللهم فقّهه في الدين وعلمّه التأويل

Maskudnya: Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn ‘Abbas) dalam hal-ehwal agama dan ajarkanlah dia tafsir (al-Quran).” (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik al-Tohawiah)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh (المس) dengan maksud jima’ atau bersetubuh, antaranya firman Allah S.W.T.:

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً

Maksudnya: “Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka.” (al-Baqarah : 236)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ

Maksudnya: “Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu.” (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah berfirman dengan menggunakan kalimah menyentuh dengan maksud bersetubuh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mut’ah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul dalam persoalan ini adalah pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah ‘Aziz Abdillah bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

Wallahu a’lam. bs.

Terima kasih kepada saudara !!BUJANG SUSAH!!

Wednesday, February 17, 2010

Cuaca panas: Kurangkan aktiviti luar


KUALA LUMPUR: Orang ramai terutama kanakkanak hari ini dinasihati supaya mengurangkan aktiviti luar semasa cuaca panas mula melanda Lembah Klang dan utara negara.

Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Salleh menasihatkan ibu bapa supaya mengurangkan aktiviti luar anak masing-masing ketika fenomena cuaca panas ini berlaku.

"Ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa," katanya kepada Bernama.

Beliau juga meminta orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan seperti meminum banyak air dan membawa bekalan air yang mencukupi selain cuba mengelak diri daripada terlalu lama terdedah kepada terik matahari.

Sementara itu seorang jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata cuaca panas kini merupakan fenomena biasa setiap tahun yang berlaku akibat Monsun Timur Laut berada pada peringkat akhir.

Menurutnya Monsun Timur Laut itu akan memasuki peralihan musim antara monsun, sebelum memasuki musim Monsun Barat Daya yang akan berlaku dari akhir bulan Mei hingga September.

"Cuaca panas ini merupakan fenomena biasa dan orang ramai tidak perlu bimbang," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai cuaca panas di Lembah Klang dan utara Semenanjung yang dijangka akan berlarutan sehingga pertengahan bulan depan.

Beliau berkata satu lagi fenomena biasa iaitu ekuinoks dijangka akan berlaku dua kali; iaitu pada 20 atau 21 Mac dan 22 atau 23 Sept ini.

Katanya ekuinoks merupakan keadaan di mana matahari berada tepat di garisan Khatulistiwa dan merupakan fenomena biasa yang berlaku akibat putaran bumi mengelilingi matahari.

"Malaysia dijangka tidak akan mengalami perubahan suhu yang ketara semasa ekuinoks kecuali cuaca panas yang berlaku terutamanya pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini.

Tahun lepas fenomena ekuinoks pada mulanya diramal akan melonjakkan suhu negara sehingga mencecah 40 darjah Celcius, namun ia tidak berlaku sebagaimana yang dijangka. BERNAMA

Saturday, February 13, 2010

gambar mencerminkan seribu bahasa...

tengok betul2 gambar orang yang beratur di giliran kedua tu. pastu kengkawan bandingkan dgn gambar kat bawah pulak. sila klik kedua² gambar utk larger view

idea untuk entry ni saya dapat selepas menziarahi blog sahabat blogger saya al-mankaraqi. kerana ianya menarik perhatian saya, maka saya search imej asalnya kat google. walau bagaimanapun, imej asal kat google tu menunjukkan muka sebenar lelaki yang dimaksudkan maka saya memilih utk copy paste gambar yang terdapat dalam blog al-mankaraqi. inilah hasilnya utk renungan kengkawan... tiada niat untuk memalukan sesiapa & terpulang kepada tafsiran masing². TQ


Friday, February 12, 2010

minat facebook?

klik gambar utk larger view...


kengkawan minat facebook eh?

hehehe... terpulang kepada minat masing2. kami kat SOHO semuanya ada akaun facebook termasuk anak2 tetapi scara peribadi, saya memang xberminat dgn facebook. jarang2 skali dibuka. kadang2 ada mesej yg dh berlapuk!

baru2 ni saya ada terlihat kartun ini dlm harian metro. kelakar jugak, jadi saya scan utk dkongsi bersama kengkawan. TQ

Wednesday, February 10, 2010

bila dia start buang sampah...

tengok, bila dia start buang sampah...

meh bcriter pasal sampah. bab ni smua org bpengalaman. kalau perlukan pakar, en. relevan (sila klik sini) lebih faham sbb beliau yang sntiasa berdepan dgn macam2 karenah org buang sampah ni. kali ni saya nak criter pasal org buang sampah kat depan rumah org di kawasan perumahan.

kat depan ofis kami di tmn jaya 3 ni ada satu kawasan lapang. kawasan ni merupakan kwsn perumahan baru. mula2 dulu masih belum ada org kutip sampah, jadi faham2 aje lah kalu org longgok sampah kat depan tu dan bakar. lama2 saya tengok dah jadi habit. walau pun dah ada org kutip sampah, masih ada yang nak buang kat situ jugak.

dalam hati saya kata, ini xleh jadi ni, sebelum melarat, baik saya bertindak. walaupun kami tinggal di rumah kampung, ( tak tinggal kat situ) tapi xlarat juga kalau org longgokkn sampah depan mata kita stiap hari...

bosan punya pasal, suatu hari tu senyap2 saya kutip sampah2 yg dbuang tu, (sikit aje lah...) saya campak pulak kat tepi jalan dpn umah dia org. mesti la senyap2, kalu dia org nampak & sengkeh kepala saya kang, naya la saya. nak lawan balik, xlarat! sebenarnya bkn saya marahpun, saya cuma nak tau, apa respon dia org kalau org lain buat bgitu pulak kat depan rumah dia org. alhamdulillah slepas tu, x ada lagi yg buang sampah sesuka hati.

begini lah, meh bersikap emphathy dan berimaginasi tentang beberapa situasi:

1. apa perasaan en relevan & staf kalau org komplen kat dia yang sampah tak dkutip dgn betul. kdg2 siap kuar paper sedangkan orang buang x ikut peraturan.
2. apa perasaan sendiri kalau org buang sampah kat depan umah kita? smakin hari kita tengok smakin byk smpah yg berlonggok. lalat, bau, pencemaran alam….
3. bagaimana mahu menjalinkan hubungan mesra dikejiranan kita sedangkan kita gagal dlm standard moral yg paling basic.

mengikut pengalaman & pemerhatian saya, kalau tinggal di kawasan taman perumahan ni, jgn sesekali membiarkan org buang sampah kat depan rumah kita. sekali dia org longgok, maka akan beranak cucu la sampah2 tu. yang lain pun turut longgok sama. automatically jadi tempat pelupusan sampah mini lah jawabnya. lambat aje bertindak, payah nak selesai.

bila lah yg peel cenggitu nak ada sivik? dah ada org kutip sampah, dah bayar cukai pintu, kenapa masih x reti2 buang sampah dtempat yang betul. agak2, kena masuk skolah rendah smula ni…
satu lagi spesis, suka membakar sampah. yg ni mngikut teori behaviorismenya berasal dari kampung. bila duk taman tu, terbawak2 peel lama. petang2 longgok smpah, pastu bakar sesuka hati sampai penuh asap rumah jiran. saya pun asal kampung juga, bahkan dari ulu pahang tapi x pulak buat bgitu.. nak buat tu, agak2 la...

JGN MARAH EK… :)

Tuesday, February 9, 2010

tahniah kerana mendapat cahaya mata baru..


salah seorang lagi sahabat baik kami, encik jumrisyah & isteri pula telah menerima kehadiran cahaya mata yang ketiga pada 4 februari baru2 ini. pihak SOHO consultation mengucapkan tahniah & kami mendoakan mereka sekeluarga cemerlang dunia & akhirat...

selamat berjaya & btugas di tempat baru...

cikgu syukur fadzlan bin khalilullah (kiri) bersama en. ramli haji sidek (gpk kokurikulum sk paya pulai) sedang 'punch card' pada hari selasa/ 9 februari 2010. (2 hari terakhir beliau bertugas secara rasmi di situ) - gambar ihsan staf skpp

salah seorang kawan adult learner kami adalah en syukur fadzlan bin khalilullah. beliau bertugas sebagai seorang guru di sk paya pulai, temerloh dan baru2 ini mendapat tawaran kenaikan pangkat sebagai guru penolong kanan kokurikulum di sk felda mayam. orgnya masih muda, awal 30 an. menurut rakan2 sekerjanya, beliau memang seorang yang sgt komited terhadap tugas, easy going dan friendly. persahabatan beliau bersama kami pun begitu. selamat bertugas di tempat baru & semoga berjaya wahai sahabat. entry ini kami dedikasikan khas untuk beliau. TQ

Saturday, February 6, 2010

nak ‘lajukan’ modem gantung?


smakin hari semakin ramai d kalangan kita yang menggunakan mobile broadband @ ‘modem gantung’. jika kengkawan tinggal di kawasan pinggir (edge) iaitu di kawasan yang mempunyai liputan 3G yang xbrapa memuaskan, biasanya technician akan mencadangkan kita supaya setting modem tersebut kepada 3G preffered. maksudnya, kalau liputan 3G nya xbrape bagus, automatically ianya akan beralih kepada GPRS. masalahnya, apabila keadaan ini berlaku, proses upload/download datanya sungguh mengecewakan dan setting liputan broadband tersebut sentiasa beralih kepada GPRS.

kami dulu2 pun begitu & sbb tu kami nak share pengalaman ini. akibat frust menonggeng dgn modem gantung kami, saya bercerita masalah tersebut dengan seorg kawan rapat. (terima kasih tuan syukur fadzlan bin khalilullah - sampai hati ko tinggalkan aku!) beliau mencadangkan supaya kami tukar setting broadband tersebut kepada 3G only. alhamdulillah hasilnya jauh lebih memuaskan w/pun tak dapat menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya. caranya klik ‘setting’ kat menu broadband, cari ‘choose connection type’ dan ‘3G only’

jadi, kepada kengkawan yang menghadapi masalah yang sama & belum pernah cuba cara ini, cuba lah. mana lah tau, kalau2 ianya boleh membantu. tapi kalau area kengkawan langsung xada liputan 3G, xboleh kata apa lah..

Thursday, February 4, 2010

tips untuk menyiapkan sesuatu assignment/ tugasan dengan baik?


uihh… panjang criternya! kamipun bkn pakar & entry ni skadar pendapat. nak pakai atau nak abai, terpulang lah. antaranya ialah:

1. paling utama mesti memahami kehendak soalan serta arahan2 yang diberikan di dalam soalan mengikut format IPT masing2.. bimbang nanti, lain yang ditanya, lain pulak yang kita huraikan.

2. menepati kehendak soalan. kalau soalan kata jgn melebihi 15 muka surat, jgn pandai2 membuatnya sehingga 50 muka surat dgn hasrat kunun2nya boleh dapat markah extra. selain tu sila berikan perhatian terhadap, spacing, jenis dan saiz font yang diarahkan.

3. tengok deadlinenya betul2, supaya senang merancang proses kerja.

4. menyiapkannya mengikut kaedah penulisan akademik sebenar seperti menggunakan format APA (sila klik) utk menyediakan bibliografi kengkawan.

5. cover tugasan tu buat simple aje lah mengikut formality akademik. tak perlu guna macam2 kertas berbunga utk cover atau guna mcm2 artwork serta guna comb binding! kunun2 utk cantik la ya? hehehe…tak payah kecuali 'diarahkan'. yg penting isi. bahan ilmiah mana ada fancy2, just direct to the point! majalah utk remaja ok lah.

6. realistic & jangan membazir. bersederhana. maksudnya, bersikap rasional bahawa bahawa assignment kita tu bukan pemeriksa nak simpan pun… kita je yang syok sendiri. yang penting menepati kehendak soalan. seelok2nya binding 1 salinan utk personal berserta softcopy. nanti boleh jilidkan sebagai koleksi peribadi.

7. manfaatkan kemudahan IT spenuhnya termasuk digital library & website untuk document sharing. cuba explore betul2 kemampuan kita menjejak maklumat.

8. alignment hendaklah dijustifikasikan di sebelah kiri dan kanan assignment kengkawan supaya tugasan kelihatan kemas.

9. petikan (quotation) atau nota kaki wajib ada bagi menyokong hujah anda & mengelakkan tugasan kelihatan seperti plagiat.

10. jangan lupa isi kandungan di bahagian awal isi assignment kengkawan.

11. nombor muka surat seelok2nya diletakkan di bahagian bawah muka surat sama ada di sebelah kanan atau tengah.

12. patuhi saiz margin yang ditetapkan oleh pusat pengajian atau IPT anda.

13. gunakan system nombor yang konsisten untuk pembahagian setiap sub topic.

14. bagi soalan berbentuk essay, (sila klik) pastikan secara basicnya mengandungi pengenalan, beberapa isi perbincangan dan kesimpulan.

15. ‘bandingkan’ bermaksud kengkawan perlu menyatakan pro, contra dan suggestion.

16. check spelling, grammar & punctuation. bukan payah pun… guna spell ckecker kat word je!

cukup la tu, penat mnaip. selamat menyiapkan assignment anda!